Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all 496 articles
Browse latest View live

RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA MENYEDIAKAN MENU INDONESIA, CHINESS DAN THAILAND

$
0
0
RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA MENYEDIAKAN MENU INDONESIA, CHINESS DAN THAILAND

RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA MENYEDIAKAN MENU INDONESIA, CHINESS DAN THAILAND | Bagi mereka yang mencari restoran dikawasan Cyberjaya, Restoran Campur Campur Kitchen yang terletak di Pusat Beli Belah Dpulz Cyberjaya adalah lokasinya.

Menyediakan makanan berkonsepkan masakan Indonesia, Chinese dan Thailand patik pasti korang akan berkenan dengan konsep yang cuba disampaikan oleh Restoran Campur Campur Kitchen ini.

DEKORASI UNIK DAN SANTAI DI RESTORAN CAMPUR CAMPUR KITCHEN

Bila melangkah masuk kedalam restoran ini, patik sangat suka dengan konsep dekorasi yang disampaikan disini. Berkonsepkan unik dansantai korang boleh lihat didalam restoran ini. 

RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA

Pemilihan dulang dan tampi orang-orang lama sebagai bahan hiasan dinding menjadikan restoran ini seperti sebuah restoran lama.

RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA

RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA

Selain dekorasi dinding yang menarik, penggunaan peralatan seperti pinggan, cawan memang sangat menggamit kenangan dimana mereka menggunakan cawan dan pinggan besi yang biasa ada dirumah nenek-nenek kita dikampung. Sedikit sebanyak teringat kenangan dikampung kita kan.

RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA

Nak kata kopitiam, kedai kopi kampung lama pun ada juga dengan segala konsep yang disampaikan ni. Secara keseluruhannya, patik suka dengan konsep yang disampaikan.

MENU DI RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN

Menyediakan menu lebih kurang 80 jenis menu menjaidkan Restoran Campur Campur Kitchen ini dikenali dengan konsep "campur campur" dimana gabungan anta 3 masakan Thailand, Chinese dan Indonesia.

Mee goreng ala mamak
Mee goreng ala mamak
Bebola ayam masak kari
Bebola ayam masak kari
Nasi goreng bersama telur ikan
Nasi goreng bersama telur ikan
Roti Bakar bersama madu
Roti Bakar bersama madu
Nasi Goreng Sea Food
Nasi Goreng Sea Food
Chicken wing with salt and chili
Chicken wing with salt and chili
Chicken Boxing
Chicken Boxing
Set bento
Set bento 
Secara keseluruhannya, patik rasakan menu yang dihidangkan ini memang sedap dan sangat memenuhi tekak patik. Selain menu yang sedap, harga yang ditawarkan juga memang berbaloi dan berpatutan. 

Bahagian yang patik paling suka adalah hidangan minuman yang mereka hidangkan memang sangat unik. Dihidangakan didalam bekas besi dan juga mentol menjadikan restoran ini unik. Haaaa baru laaa rasa bagai orang cerdik minum dalam mentol. Hahahaha

Minuman yang dihidangkan didalam bekas besi dan juga mentol
Minuman yang dihidangkan didalam bekas besi dan juga mentol
Terima kasih patik ucapkan kepada pihak Restoran Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya kerana sudi menjemput patik dan rakan blogger lain ke restoran ini. Memang sedapp !

RESTORAN CAMPUR-CAMPUR KITCHEN CYBERJAYA MENYEDIAKAN MENU INDONESIA, CHINESS DAN THAILAND

Bagi mereka yang ingin merasai makan-makan disini, korang boleh datang terus ke Pusat Beli Belah Dpulz Cyberjaya.

Restoran Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

Facebook:


BUFFET DIM SUM SEDAP DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA

$
0
0
BUFFET DIM SUM SEDAP DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA

BUFFET DIM SUM SEDAP DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA | Bagi mereka yang suka menu masakan cina, ni patik cadangkan korang untuk ke Restoran Harmoni yang terletak didalam Hotel Bangi Putrajaya

Patik dan beberapa rakan patik telah membuat tempahan di restoran ini untuk merasai makan tenghari dengan hidangan dim sum yang dikatakan sedap dan juga berbaloi untuk dinikmati. 

BUFFET MAKAN TENGAH HARI DIM SUM 

Bila sebut buffet, korang boleh makan semua menu yang dihidangkan disini tanpa henti. Itu yang patik suka sebab berbaloi dengan apa yang kita bayar bukan. Hahahaha.

Patik rasa apa yang korang tengok nanti akan mengganggu sistem penghadaman korang sebab kesemuanya memang sedap dan yang paling penting rasa hidangan tersebut memang sesuai dengan kita yang jenis tekak melayu ni. 
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya
Untuk pengetahuan korang, lebih daripada 30 jenis dim sum dan menu ala carte lain yang tergolong didalam buffet ini yang korang boleh pilih dan yang paling penting kesemua menu dan restoran ini adalah halal.

Korang boleh tengok sijil HALAL yang telah mereka terima [DISINI]. Jadi korang boleh menikmati semua hidangan tanpa sebarang was-was.

BUFFET DIM SUM SEDAP DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA

Secara keseluruhan patik dan rakan-rakan sangat berpuas hati dengan servis yang mereka berikan daripada lokasi makan, hidangan makanan serta layanan staf di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya ini.  

Hotel Bangi Putrajaya
Hotel Bangi Putrajaya
Bagi mereka yang ingin merasai kenikmatan makan buffet lunch tanpa henti ni, korang boleh ke Restoran Harmoni yang terletak didalam Hotel Bangi Putrajaya ini.

RESTORAN HARMONI
Hotel Bangi Putrajaya
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia

DIBUKA:
Isnin - Sabtu :
11.00 am - 2.30 pm 

HARGA DIM SUM BUFFET LUNCH:
RM55 dewasa
RM27.50 kanak-kanak

TELEFON:
03-8210 2222

WEBSITE:

FACEBOOK:

JOM SERTAI HARI NBOS 2016

$
0
0

JOM SERTAI HARI NBOS 2016 | Korang tiada cadangan utnuk kemana-mana sepanjang 14-20 Ogos 2016? Apa kata korang luangkan masa untuk hadir ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kerana disana akan diadakan pelbagai aktiviti sempena Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan.


Untuk menambah kemeriahan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan beberapa pempamer yang bagi patik pasti korang tidak akan lepaskan peluang ke booth pameran mereka. Mereka adalah NSU, CODING, VIP, UTC, BR1M, MINDEF, MOHA, KPDNKK, MDEC, MOHR, MAGIC, KPKT, 1M4U, KPWKM, BIOTECH, KPM, JPA, PP1M, PR1MA, KPT, MOTAC, MOH serta MOA, Setiap daripada mereka akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk korang semua. 

Selain booth pameran yang dianggotai oleh agensi kerajaan ini, aktiviti lain juga disediakan untuk pengunjung pada program tersebut. Antaranya CODING bootcamp untuk kanak-kanak sekolah renda dan menengah, Kem Keusahawanan 1MEt (terbuka kepada orang awam), NBOS Run & Ride (larian etc), Pameran inisiatif-inisiatif NBOS, F1 Simulatir by Petronas dan aktiviti menarik oleh FIT Malaysia.

Yang bestnya terdapat persembahan istimewa dari artis-artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra, Caliph Busker, Ronnie Hussin, Drama Band, Ippo Hafiz, 6ixth Sense, Sakura Band, One Nation Emcee, Khai Bahar, Dafi, Alif Satar, Tasha Manshahar, Aman Nassim, Zarul, Mark Adam, Encik Mimpi, Haiza, Sarah FAzny, Shiela Abdul, Putera Mentor Legend, Ewal AF, Zariff AF, Sazrin dan Aina Abdul yang patik pasti korang pasti akan meluangkan masa untuk melayan lagu-lagu mereka.


By Fauzi Aryaan
By Fauzi Aryaan
Projek Travel
Projek Travel
Jadi apa tunggu lagi, lock tarikh anda semua pada 14-20 Ogos 2016 untuk sama-sama ke PICC dan turut serta bagi Hari NBOS 2016. Yang best, label patik By Fauzi Aryaan dan juga produk dari Projek Travel akan beroperasi sebagai butik vendor disana. Nantikan pada 14-20 Ogos 2016 nanti. 

BAZAR JUALAN ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016

$
0
0
BAZAR JUALAN ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016

BAZAR JUALAN OLEH ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016 | Tempoh hari patik adea berkongsi berkenaan sambutan Hari NBOS 2016 yang akan berlangsung pada 14-20 Ogos 2016 bertempat di Putrajaya International Convention Centre, PICC

Untuk kali ini, patik ingin menyambung kisah kemeriahan yang bakal korang semua rasai semasa sambutan Hari NBOS 2016

ROOPAWAN.COM ANJUR BAZAR JUALAN


ROOPAWAN.COM ANJUR BAZAR JUALAN
Website roopawan.com
Roopawan.com merupakan sebuah jenama yang menguruskan pembelian diatas talian dimana dibawah www.roopawan.com, Terdapat beberapa jenama yang telah mengesahkan penyertaan mereka didalam portal tersebut termasuklah label patik sendiri By Fauzi Aryaan

Vendor yang akan turut serta didalam bazar jualan Hari NBOS 2016
Vendor yang akan turut serta didalam bazar jualan Hari NBOS 2016
Fokus mereka adalah sebagai platform menjual produk muslim dan muslimah termasuklah aksesori untuk keperluan orang ramai. Jadi jom kita ke laman web roopawan.com untuk membeli belah secara atas talian.

PERSEMBAHAN HEBAT ARTIS MALAYSIA


Artis popular yang akan mengadakan eprsembahan di Hari NBOS 2016
Artis popular yang akan mengadakan persembahan di Hari NBOS 2016
Selain pameran daripada agensi kerajaan dan juga bazar jualan, terdapat juga persembahan hebat dari artis Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nurdiana, Sakura Band, Sandra, Dafi, Alif Satar, Shila Abdul dan ramai lagi.

Sekiranya korang ingin melihat persembahan artis ini, jom ke Hari NBOS 2016 pada 14-20 Ogos 2016

KEMERIAHAN HARI NBOS 2016


Kemeriahan Hari NBOS 2015
Kemeriahan Hari NBOS 2015
Seperti tahun lalu, kemeriahan Hari NBOS 2016 akan terus meriah dengan beberapa aktiviti seperti perasmian Hari NBOS 2016 oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (Selasa) sekaligus merasmikan laman web www.roopawan.com.

Selain itu para pemohon yang telah memohon Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan diadakan pada 14 Ogos 2016 (Ahad) serta hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir ke Hari NBOS 2016 nanti. 

Menarik sempena Hari NBOS 2016 nanti adalah lelongan amal oleh artis popular dimana mereka akan membuka bidaan lelongan barangan peribadi mereka untuk orang ramai miliki dan wang daripada lelongan itu akan di dermakan kepada mereka yang memerlukan.

BAZAR OLEH ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016
Hari NBOS 2016
Jadi apa tunggu lagi, luangkan masa anda untuk datang ke PICC pada 14-20 Ogos 2016 dan sertai patik dan rakan blogger lain kerana patik akan tampil dengan label patik iaitu By Fauzi Aryaan manakala Projek Travel akan tampil dengan produk-produk mereka.


KEMERIAHAN PAMERAN DAN BAZAR JUALAN SEMPENA HARI NBOS 2016

$
0
0
KEMERIAHAN PAMERAN DAN BAZAR JUALAN SEMPENA HARI NBOS 2016

KEMERIAHAN PAMERAN DAN BAZAR JUALAN SEMPENA HARI NBOS 2016 | Berlokasi di Putrajaya International Convension Centre, PICC, Hari NBOS 2016 telah dirasmikan dengan meriahnya bermula 14 Ogos 2016 sehingga 20 Ogos 2016.

Tan Sri Ali Hamsa - Ketua Setiausaha Negara
Tan Sri Ali Hamsa - Ketua Setiausaha Negara
Hari NBOS 2016 telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan Hari NBOS 2016 antaranya pameran daripada agensi kerajaan dan juga bazar jualan dibawah nama ROOPAWAN.COM

Roopawan.com sebagai peneraju bagi bazar jualan
Roopawan.com sebagai peneraju bagi bazar jualan
ROOPAWAN.COM sebuah lawan sesawang dimana orang ramai boleh membeli produk pakaian wanita dan lelaki hanya dengan mengguanakan ttransaksi online.

Tan Sri Irwan Siregar - Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan
Tan Sri Irwan Siregar - Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan
Perasmian laman web ROOPAWAN.COM telah dilakukan oleh Tan Sri Irwan Siregar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan).

Jadi lepas ni korang bolehlah melawat ke laman web www.roopawan.com untuk melihat apa yang menarik disana. 

One Nation MC
One Nation MC
Ippo Hafiz
Ippo Hafiz
Aizat Amdan
Aizat Amdan
Selain itu persembahan artis telah disusun oleh pihak pengurusan majlis sebagai memeriahkan majlis Hari NBOS 2016. Antara artis yang One Nation MC, Ippo Hafiz, Aizat Amdan, Siti Nordiana, Khai Bahar Alif Satar dan ramai lagi.

Berikut patik sediakan jadual aktiviti sehingga 20 Ogos 2016 nanti untuk panduan korang semua.

SELASA, 16 Ogos 2016

Time Program /Speaker /Talent
9.30 am – 10.00 am PREPARATION
10.00 am – 10.30 am Persembahan Pasukan STORM
10.35 am – 11.05 am Sharing Knowledge 1MOCC
11.10 am – 11.40 am 1SERVE
11.45 am – 12.15 pm FREE TIME
12.20 pm – 1.00 pm Entertainment
1. Dayang Nurfaizah
2. Caliph Buskers
1.00 pm – 2.00 pm LUNCH HOUR
1.30 pm – 2.00 pm PREPARATION
2.00 pm – 2.15 pm Tarian Tradisional Kontemporari Joget / 1Malaysia
2.20 pm – 2.50 pm Program Remaja Kafe TEEN
2.55 pm – 3.25 pm FREE TIME
3.30 pm – 4.00 pm Busker SBJK
4.05 pm – 4.50 pm Kaunseling & Psikologi
4.55 pm – 5.25 pm Charity Auction – Aliff Satar
5.30 pm – 6.00pm Entertainment
1. Aliff Satar
2. Sandra
6.00 pm CLOSING

RABU, 17 Ogos 2016

Time Program /Speaker /Talent
9.30 am – 10.00 am PREPARATION
10.00 am – 10.30 am Sharing Knowledge 1MTC
10.35 am – 11.05 am Muay Thai Performance
11.10 am – 11.40 am Game Changer Cities
11.45 am – 12.15 pm Program Remaja Kafe TEEN
12.20 pm – 12.50 pm Entertainment
1. Encik Mimpi
Zarul Umbrella
1.00 pm – 2.00 pm LUNCH HOUR
1.30 pm – 2.00 pm PREPARATION
2.00 pm – 2.15 pm Gamelan & Angklung
2.20 pm – 2.50 pm FREE TIME
2.55 pm – 3.55 pm Fashion Show
4.00 pm – 4.30 pm FREE TIME
4.35 pm – 5.05 pm Charity Auction :
Nur Sajat
5.10 pm – 5.40 pm Entertainment
1. Sixth Sence
2. Sakura Band
5.45 pm – 6.00 pm CLOSING

KHAMIS, 18 Ogos 2016

Time Program /Speaker /Talent
9.30 am – 10.00 am PREPARATION
10.00 am – 10.30 am Anytime Fitness
10.35 am – 11.05 am FREE TIME
11.10 am – 11.25 am Program Remaja Kafe TEEN
11.30 am – 12.00 pm Tutorial Tudung
12.05 pm – 12.35 pm Entertainment
1. Mark Adam
2. Aman Nasim
1.00 pm – 2.00 pm LUNCH HOUR
1.30 pm – 2.00 pm PREPARATION
2.00 pm – 2.15 pm Tarian Tradisional Kontemporari Joget 1Malaysia
2.20 pm – 2.35 pm Entertaiment
1.Syazwan Shuhaimi
2.40 pm -3.05 pm 1Malaysia Youth Cities (1MYC)
3.10 pm – 3.55 pm FREE TIME
4.00 pm – 4.30 pm Charity Auction :
Bunkface
4.35 pm – 5.05 pm Monolog Teater
5.10 pm – 5.40 pm Entertainment
1. Bunkface
2. Haiza
5.40 pm – 6.00 pm CLOSING

JUMAAT, 19 Ogos 2016

Time Program /Speaker /Talent
9.30 am – 10.00 am PREPARATION
10.00 am – 10.30 am Persembahan Sewang Temuan
10.35 am – 11.05 am Coding at School
(Fun Activity)
11.10 am – 11.40 am Entertainment
1. Sarah
2. Shiela Abdul
11.45 am – 12.15 pm Tarian Zapin
12.15 pm – 2.45 pm LUNCH HOUR
2.15 pm – 2.45 pm PREPARATION
3:00pm – 3:30pm Icon Talk Atlet Olahraga
3:35pm – 4:05 pm Charity Auction :
Dafi
4:10 pm – 5.10 pm Talk from Sony Camera Ambassador
5.15 pm – 5.45 pm Entertainment
1. Dafi
2. Putera
5.50 pm – 6.00 pm CLOSING

SABTU, 20 Ogos 2016 

Time Program /Speaker /Talent
9.30 am – 10.00 am PREPARATION
10.00 am – 10.45 am FIT Malaysia
10.50 am – 12.25 pm Ghost Make Over;
Gubahan;
Hairstylist
12.30 pm – 1.00 pm Entertainment
1. Ewal AF
2. Zariff AF
1.00 pm – 2.00 pm LUNCH HOUR
1.30 pm – 2.00 pm PREPARATION
2.00 pm – 2.15 pm FREE TIME
2.20 pm -2.50 pm Charity Auction – Che Ta Family
2.50 pm -3.20 pm Coding at School
(Fun Activity)
3.25 pm – 3.55 pm Permainan Muzik Tradisional Cak Lempong
4.00 pm – 4.30 pm Tarian Tradisional Kontemporari Joget 1Malaysia
4.35 pm – 5.05 pm Entertainment
1. Sazrin
2. Aina Mentor Legend
5.10 pm – 5.40 pm FREE TIME
5.40 pm – 6.00 pm CLOSING

Selain persembahan artis popular, ada diantara artis yang akan membuat lelongan amal untuk orang yang memerlukan. Antara artis mengambil bahagiana adalah Siti Nordiana (Beg Tangan berjenama Kate Spade), One Nation Emcee (Kasut Air Jordan) & Bunkface (Pewangi Berjenama Bunkface - Celebriducks).

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sudi untuk datang ke sambutan Hari NBOS 2016 dan melakukan lawatan ke setiap booth daripada agensi kerajaan dan juga booth daripada vendor yang mengambil bahagian. 

KEMERIAHAN PAMERAN DAN BAZAR JUALAN SEMPENA HARI NBOS 2016

Jadi kepada korang diluar sana, jom singgah ke PICC dan mengambil bahagian didalam pameran dan juga booth jualan yang berlangsung sehingga 20 Ogos 2016.

AJ DE' PARFUM KELUARKAN WANGIAN TAHAN LEBIH LAMA

$
0
0
AJ DE' PARFUM KELUARKAN WANGIAN TAHAN LEBIH LAMA


AJ DE' PARFUM KELUARKAN WANGIAN TAHAN LEBIH LAMA | Bagi mereka yang inginkan wangian yang lebih lama, patik cadangkan korang mencuba rangkaian daripada  AJ De' Parfum sebab ape? Nanti akan patik ceritakan.

Oh yaaa tempoh hari patik dan rakan blogger telah dijemput untuk kemajlis pembukaan butik daripada AJ De' Parfum yang terletak di U12 Shah Alam.

MAJLIS PEMBUKAAN BUTIK WANGIAN AJ DE' PARFUM SHAH ALAM

Majlis kesyukuran di butik AJ De' Parfum
Majlis kesyukuran di butik AJ De' Parfum 
Majlis bertambah berkat dengan mengadakan sedikit bacaan yasin, tahlil dan juga doa selamat daripada anak-anak dari sekolah tahfiz.

Anak-anak tahfiz yang dijemput khas sempena pembukaan butik wangian AJ De' Parfum
Anak-anak tahfiz yang dijemput khas sempena pembukaan butik wangian AJ De' Parfum
Walaupun hari raya telah berlalu pergi, tetamu mood hari raya masih ada dan kemeriahan ini dikongsi bersama anak-anak tahfiz ini dan juga jemputan lain yang turut memeriahkan majlis pembukaan butik wangian AJ De' Perfum ini. 

Sumbangan diberikan sebagai hadiah untuk anak-anak ini
Sumbangan diberikan sebagai hadiah untuk anak-anak ini
Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk duit raya dan juga wangian untuk mereka gunakan ketika bersolat kerana wangian AJ De' Parfum adalah HALAL dan boleh dibuat solat. 

Sumbangan turut diberikan kepada sekolah tahfiz
Sumbangan turut diberikan kepada sekolah tahfiz
Pemilik butik wangian AJ De' Parfum ini turut memberikan sedikit sumbangan untuk kegunaan sekolah tahfiz tersebut. Semoga sedikit sumbangan ini akan memberikan lebih keberkatan kepada perniagaan mereka selepas ini. 

WANGIAN DARIPADA AJ DE' PARFUM

Seperti yang patik beritahu tadi, wangian AJ De' Parfum ini adalah wangian yang berinspirasi daripada wangian antarabangsa yang terdapat dipasaran tetapi bersifat Eau De Parfum (EDP)

Wangian sebenar yang menjadi isnpirasi kepada produk AJ De' Parfum
Kebiasaannya EDP mempunyai kepekatan yang tinggi dan ketahanan adalah tinggi berbanding dengan wangian Eau De Toilette (EDT) yang mempunyai kepekatan yang lebih rendah dan juga ketahana juga tidak tahan lama.

Wangian berinspirasikan wangian antarabangsa daripada AJ De' Parfum
Wangian berinspirasikan wangian antarabangsa daripada AJ De' Parfum
Kenapa wangian AJ De' Parfum menjadi pilihan? Ade beberapa faktor dimana wangian AJ De' Parfum ini menjadi pilihan antaranya wangian ini adalah kerana kualiti wangaian yang dihasilkan mengikut IFRA Standard Regulation

Untuk membuat wangian tertentu, standard yang diberikan oleh International Fragrance Association, IFRA haruslah diikuti barulah wangian tersebut tergolong didalam wangian yang hampir setaraf dengan yang asli. 

Botol yang ekslusif dan mudah dibawa kemana-mana
Botol yang ekslusif dan mudah dibawa kemana-mana
Selain telah mencapai standard, wangian AJ De' Parfum ini dikeluarkan oleh bumiputra dan harga yang diberikan memang harga mampu milik dengan kualiti bertaraf antarabangsa.

Wangian daripada AJ De' Parfum
Wangian daripada AJ De' Parfum
Patik rasa dengan harga yang mampu milik dan bungkusan yang memang ekslusif hebat, wangian AJ De' Parfum boleh menjadi pilihan orang ramai. 

Pelbagai pilihan wangian berinspirasikan antarabangsa daripada AJ De' Parfum
Pelbagai pilihan wangian berinspirasikan antarabangsa daripada AJ De' Parfum
Selain mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang mudah untuk disimpan, wangian yang dihasilkan memang tahan lama. Kira berbaloilah dengan harga dan juga kualitinya. 

Wangian pilihan untuk lelaki dan wanita
Wangian pilihan untuk lelaki dan wanita
Sesetengah wangian diluar sana mungkin akan meninggalkan kesan minyak pada pakaian atau terasa pedih apabila terkena pada kulit, tetapi wangian AJ De' Parfum tidak akan meninggalkan kesan dan tidak memedihkan apabila terkena pada kulit. 

Butik AJ De Parfum Shah Alam
Butik AJ De Parfum Shah Alam
Selain rangkaian wangian untuk lelaki, wangian AJ De' Parfum juga menampilkan wangian untuk kaum wanita. Kira sama-sama berbau harum nanti apabila menggunakan wangian tersebut.

Selain itu yang part paling patik suka adalah keunikan butik wangian ini menyediakan perkhidmatan isian semula dimana sekiranya wangian korang sudah habis, korang boleh datang ke butik dan membuat isian semua. 

Kemeriahan butik AJ De' Parfum
Kemeriahan butik AJ De' Parfum
Secara keseluruhannya patik dapat rumuskan beberapa informasi berkenaan wangian AJ De' Parfum ini anataranya:


  1. Wangian berinspirasikan wangian antarabangsa
  2. Wangian yang HALAL dan boleh dibawa solat
  3. Harga yang berpatutan dan mampu milik
  4. Wangian jenis Eau De Parfum (EDP)
  5. Botol yang begitu ekslusif dan saiz yang mudah dibawa kemana-mana
  6. Bau yang boleh tahan sehingga 24 jam
  7. Tidak berminyak dan tidak pedih pada kulit
  8. Butik AJ De' Parfum menyediakan perkhidmatan isian semula

AJ DE' PARFUM KELUARKAN WANGIAN TAHAN LEBIH LAMA

Terima kasih kepada pihak AJ Parfum HQ atas jemputan melihat sendiri dan menghidu sendiri koleksi wangian berinspirasikan wangian antarabangsa ini. 

AJ De' Parfum
No.14 Jalan Uranus AH U5/AH 
Taman Subang Impian Seksyen U5 
40150 Shah Alam 
Selangor

Instagram:

Facebook:
Telefon:
+6011 3707 8706

BEKAS MAKANAN DAHULU DAN SEKARANG PILIHAN DUNIA PATIK

$
0
0

BEKAS MAKANAN DAHULU DAN SEKARANG PILIHAN DUNIA PATIK | Kalau dahulu zaman kanak-kanak, patik memang sangat jarang membawa bekal kesekolah. Takut dilabel sebagai anak manja dan sebagainya menjadikan patik segan untuk bawa bekalan makan. 

Tapi kalau bekal makanan member, patik adalah orang yang selalu mengendeng kawan patik untuk menjamah sedikit bekalan yang dibawa. Tak tahu kenape perasaan malu tu ade. Padahal bekal makan orang ko belasah makan. 

Bila dah bekerjaya ni, patik rasa perlunya bekas makanan yang memudahkan patik dan kalau boleh tidak perlu untuk patik keluar mencari makanan.

Kebiasaannya patik lebih suka gunakan masa makan tengahri untuk tidur didalam bilik daripada keluar berpanas mencari makanan.

Bekas makanan biasa dan juga periuk serbaguna
Bekas makanan biasa dan juga periuk serbaguna
Bila patik terbaca blog dan facebook kawan patik si Julia Johari berkenaan lunch box ni, patik berusaha untuk mendapatkannnya. Akhirnya patik terjebak dengan #TeamPeriukDoraemon a.k.a periuk serbaguna ni haa.


Keunikkan periuk serbaguna ni adalah ianya boleh digunakan untuk memasak makanan yang mudah dan sekaligus makanan yang sihat. Hanya berkonsepkan kukus dan rebus semuanya didalam satu bekas. 

Untuk informasi lanjut, nanti patik akan ceritakan apa yang seronok dengan periuk serbaguna ini didalam entri seterusnya yee. Patik dah nak ready masak-masak untuk menu tengahari patik ni yeee. Sehingga jumpa lagi. 

PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLETTE MACH 3 MERIAH

$
0
0
PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLETTE MACH 3 MERIAH


PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLATTE MACH 3 MERIAH | Tempoh hari patik telah berpeluang ke pelancaran pencukur terbaru daripada Gillette iaitu Gillette Mach 3 berlokasi di Talent Lounge Damansara

Untuk sesi pelancaran ini khabarnya Gillette telah mengeluarkan produk pencukur terbaru yang terbaik untuk para lelaki diluar sana.

Great Shave. Great Skin
Great Shave. Great Skin
Lumrah bagi manusia, seperti wanita yang ingin berpenampilan menarik dikhalayak ramai, lelaki kini juga tidak kurang hebatnya.

Mereka ingin kelihatan kemas rupa paras tidak kira dari segi penggayaan rambut, pakaian malahan rerambut diwajah juga amat dititk beratkan. Haaa korang nampak lelaki hari ini sudah bijak dalam berpenampilan.

Gillette Mach 3
Gillette Mach 3
Untuk itu, Gillette dengan bangganya memperkenalkan produk terbaru daripada mereka iaitu Gillette Mach 3 yang terbaru untuk para lelaki diluar sana. 

Pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad telah dilantik menjadi jurucakap bagi Gillette Mach 3. Semasa majlis pelancaran tersebut, banyak yang patik belajar didalam penggunaan pencukur daripada Gillette Mach 3 ini. 

Fahrin Ahmad sebagai jurucakap Gillette Mach 3
Fahrin Ahmad sebagai jurucakap Gillette Mach 3
Jujurnya patik seorang yang main belasah bila menggunakan pencukur. Kadangkala sekiranya tiada cukup masa, pencukur jenis pakai buang akan patik gunakan sebagai pelengkap patik dalam berpenampilan. 

Cukuran terbaik daripada Gillette Mach 3
Cukuran terbaik daripada Gillette Mach 3
Rupanya banyak yang patik dengar sekiranya kita silap menggunakan pencukur antaranya masalah kulit radang dan cukuran yang tidak rapi.

Selain memberi penerangan pengalaman bersama Gillette Mach 3, Fahrin Ahmad juga ada membuat demonstrasi bercukur dengan Gillette Mach 3 ini. 

Demonstrasi bercukur bersama Fahrin Ahmad
Demonstrasi bercukur bersama Fahrin Ahmad
Patik dan rakan pengunjung telah dipilih oleh penganjur untuk merasai pengalaman menggunakan pencukur terbaru daripada Gillette ini.

Apa yang patik boleh bagitahu adalah penggunaan pencukur Gillette Mach 3 ini memang akan memberikan suatu pengalaman yang luar biasa. Patik yang dahulunya menggunakan pencukur pakai buang biasa, kini akan setia menggunakan produk Gillette Mach 3 didalam penampilan harian patik.


Permainan "wishper challange" meneka perkataan berkaitan Gillette Mach 3
Permainan "wishper challange" meneka perkataan berkaitan Gillette Mach 3
Selain penerangan tentang penggunaan pencukur yang hebat dari Gillette Mach 3 ini, majlis dimeriahkan dengan permainan "whisper challenge" dimana salah seorang daripada pemain cuba meneka apa yang disebut dalam keadaan yang tidak kita dengar. Memang agak lawak dengan perkataan yang terkeluar hasil daripada cubaan meneka itu. 

PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLETTE MACH 3 MERIAH

Patik percaya lelaki kini sudah bijak dalam berpenampilan. Sesibuk mana kegiatan harian, cukuran yang terbaik akan memberi respon positif dan boleh meningkatkan rasa confident kita seharian. 

Apa pun majlis pelancaran ini adalah sebagai pengenalan kepada orang ramai tentang kewujudan produk yang baik dipasaran untuk anda semua kaum lelaki. 

Fahrin Ahmad bersama pihak orang kuat Gillette Mach 3
Fahrin Ahmad bersama pihak orang kuat Gillette Mach 3
Bagi mereka yang ingin memiliki Gillette Mach 3 ini, korang sudah boleh dapatkan produk ini dipasaran pada harga yang sangat rasional. Patik sudah dapat, anda bila lagi ?!!


Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput patik ke majlis ini dan menjadikan patik sebagai salah seorang yang mencuba Gillette Mach 3 bersama Fahrin Ahmad secara langsung majlis tersebut.

Kredit foto: www.benashaari.com , www.lancareno.com


PENGECAS TELEFON KERETA DARI INNERGIE SANGAT MEMBANTU DIWAKTU KECEMASAN

$
0
0
PENGECAS TELEFON KERETA DARI INNERGIE SANGAT MEMBANTU DIWAKTU KECEMASAN

PENGECAS TELEFON KERETA DARI INNERGIE SANGAT MEMBANTU DIWAKTU KECEMASAN | Sebagai seorang pengamal sosial media dan juga blogger nombor 1 Malaysia, kehabisan bateri semasa majlis adalah sesuatu yang sangat menyusahkan. 

Kehidupan akan lebih mudah sekiranya ada alat pengecas telefon kereta yang cepat dan selamat digunakan. Jadi dengan itu, patik perkenalkan dekat korang alat pengecas telefon yang boleh digunakan didalam kereta yang semestinya selamat dan cepat kuasa pengesasannya. 

KEISTIMEWAAN PENGECAS TELEFON INNERGIE 

Kenapa patik begitu senang dengan pengecas LifeHub Plus daripada Innergie ini? Ini kerana rangkaian produk dibawah label Innergie ini telah dilancarkan pada tahun 2008.

Kini Innergie merupakan produk utama Delta telah berjaya menembusi pasaran dunia dan menguasai hub urus dan penjimatan kuasa peralatan elektronik global. Ia dipunyai oleh Smart Green Life di dalam Delta.


SAIZ YANG KECIL

Hanya bersaiz tapak tangan LifeHub Plus ini mudah dibawa kemana-mana dan sangat ringan untuk dipindahkan sekiranya kita bertukar-tukar kenderaan.


Korang boleh tengok saiz LifeHub Plus bila patik letakkan diatas tapak tangan patik. Sangat mesra alam dan juga mesra pengguna. 



DIDATANGKAN DENGAN 3 USB PORT



Kebiasaannya peralatan mengecas akan datang hanya dengan 1 port. Tetapi dengan LifeHub Plus ianya khas didatangkan dengan 3 USB port dan ditambah pula dengan 1 USB port tambahan pada pengecas yang disambung pada kereta kita menjadi kesemuanya 4 USB port.


KUASA PENGECASAN YANG PANTAS

Seperti patik yang berkejar masa kesana kemari, kepantasan kuasa mengecas amatlah patik titik bertakan. Apa tidaknya, kalau masa mengecas mengambil masa yang lama, mood kita sudah tentu akan lari kan. Hahaha


Satu lagi yang patik puji adalah kuasa yang diberikan adalah sekata iaitu sebanya 2.4 A untuk setiap port dan ianya amat cepat berbanding alat penegcas seperti power bank yang memberikan kuasa pengecasan minimum 1.5 A dan maksimum 2.1 A. 

Jadi kesimpulannya, perbandingan LifeHub Plus dan jga power bank adalah kuasa pengecasan LifeHub Plus lebih tinggi berbanding power bank dengan 2.4 A berbanding power bank 2.1 A.


KESELAMATAN YANG TERJAMIN

Bila kita menggunakan sebarang alat pengecas, keselamatan alatan itu sangat penting. Seperti yang patik ceritakan tadi, pengecas ini mampu mengecas 3 telefon didalam suatu masa dengan memberi kuasa yang sangat tinggi sebanyak 2.4 A.


Cip yang dicipta didalam LifeHub Plus ini mampu mengesan jumlah tenaga yang diperlukan setiap peralatan dan mengawal kuasa pengecasan masuk ke setiap peralatan tersebut. 

Produk Innergie ini juga dijamin selamat kerana dilengkapi dengan Innergie's InnerShield Protection Technology. Teknologi terbaru ini mampu mengelakkan berlakunya lebihan kuasa pada peralatan, over charging dan litar pintas. Hebat bukan !!


WARANTI JAMINAN 3 TAHUN 

Setiap kali korang mula mengecas, lampu biru akan muncul menadakan proses pengecasan sedang dilakukan. Memang menarik pengecas ni. 


Dengan kehebatan ini, semua produk dibawah rangkaian Innergie diberi jaminan selama 3 tahun dimana jaminan ini selamat dan sangat mesra pengguna.


Bagi korang yang ingin mendapatkan pengecas telefon kereta ini, korang boleh terus ke Harvy Norman, Lazada atau mana-mana retailer yang sah atau korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Facebook:

Website:

Telefon:
016-5559321

PERBEZAAN PERKATAAN BARU DAN BAHARU DIDALAM BERBAHASA

$
0
0
PERBEZAAN PERKATAAN BARU DAN BAHARU DIDALAM BERBAHASA

PERBEZAAN PERKATAAN BARU DAN BAHARU DIDALAM BERBAHASA | Kemasukkan pelajar baharu akan berlangsung minggu hadapan. Jadi patik dan beberapa rakan sekerja lain sedikit sibuk menyediakan persiapan menerima pelajar baru.

Antara kerja yang patik perlu lakukan adalah menyediakan surat-surat jemputan untuk tetamu dan juga menyediakan tentatif bagi kelancaran program.

Bila kita jarang menggunakan bahasa yang betul, patik telah belajar sesuatu perkataan baru hari ini iaitu perbezaan perkataan BARU dan juga BAHARU didalam membuat ayat yang betul.

BARU - kata bantu (Menerangkan keadaan masa yang tidak lama)
Contoh: 

  • Mesyuarat itu BARU selesai
  • Dia BARU tiba dari Melaka
  • Mereka BARU sahaja berkenalan

BAHARU - kata adjektif (Menerangkan sifat berlawanan dengan LAMA, BURUK)
Contoh:
  • Pelajar BAHARU
  • Kereta BAHARU
  • Guru BAHARU
  • Majalah BAHARU

Bila patik buat status di Facebook dan rupanya ramai diantara kita yang sama macam patik yang tidak tahu perbezaan perkataan BARU dan BAHARU didalam membuat ayat. Jadi dengan perkongsian ini, dapatlah kita sama-sama belajar dalam menggunakan perkataan dengan betul. 

KEINDAHAN KEPULAUAN MERSING JOHOR SETANDING MALDIVES

$
0
0

KEINDAHAN KEPULAUAN MERSING JOHOR SETANDING MALDIVES | Bila sebut Mersing, Johor patik yakin korang akan membayangkan keindahan Pulau Tioman yang sangat cantik untuk kita bercuti. 

Tapi adakah korang tahu lokasi yang diberi nama Mersing, Johor terdapat banyak pulau-pulau rahsia yang masih belum orang terokai dan menjadikan sebuah lokasi percutian yang menarik. Pulau yang yang akan cuba patik ceritakan ini adalah KEPULAUAN MERSING !!

KEPULAUAN MERSING

Patik yakin korang pernah mendengar pulau yang telah menjadi viral dimedia sosial iaitu Pulau Rawa. Benar, Pulau Rawa memang terletak didalam kepulauan Mersing. Sebenarnya masih banyak lagi pulau-pulau yang cantik yang boleh korang terokai di sini selain Pulau Rawa

Untuk penerokaan patik dan rakan blogger lain, kami telah dibawa oleh Oh Jalan menyusuri ke beberapa pulau yang tergolong didalam Kepulauan Mersing. Pulau yang masih belum diketahui oleh orang ramai. 


Kami selamat tiba di Mersing, Johor sekiktar jam 5.30 pagi dan kami sempat menunaikan solat subuh di Masjid Jamek Bandar Mersing dan kemudian kami bersarapan pagi sebelum bergerak ke Jeti Mersing.



Jeti Mersing ini adalah menjadi lokasi permulaan pengembaraan kebeberapa pulau yang masih "dara" yang belum dikunjungi oleh orang ramai. 

Jom ikuti patik & Oh Jalan melihat keindahan Kepulauan Mersing yang masih segar !!


PULAU HARIMAU

Perjalanan dari Jeti Mersing ke pulau pertama iaitu Pulau Harimau mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki bot laju. 


Sepanjang perjalanan hati patik terdetik berkata "betul ke pulau-pulau di Mersing ni cantik-cantik seperti yang digembar-gemburkan orang?"


Setibanya kami dilokasi pertama iaitu Pulau Harimau, patik bagai tergamam. Pulau ini sangat cantik dan sangat unik. Kebiasaanya sebuah pulau akan diselaputi pokok yang besar dan sedikit semak, tetapi bagi Pulau Harimau korang akan melihat sebuah pulau yang diselaputi tompok-tompok rerumput renek yang memang unik dan cantik.



Ditambah pula dengan kejernihan air yang sangat mengkagumkan. Patik rasa bagai nak terpitam dengan keindahan dan kejernihan airnya. 

Untuk pengetahuan korang, Pulau Harimau telah digezetkan oleh Kerajaan Johor sebagai pulau larangan untuk orang ramai masuk. Jadi kami hanya sekadar mengambil gambar sebagai kenangan.


PULAU GUAL

Destinasi kedua adalah Pulau Gual. Pulau Gual juga telah menjadi kawasan larangan orang ramai untuk melalukan sebarang aktiviti seperti snorkeling, mandi manda mahu pun berhenti sekejap. Hanya dibenarkan untuk menyusuri sambil mengambil gambar. 





Kesemua undang-undang ini hendaklah dipatuhi oleh semua pengusaha bot dan ianya demi menjaga kesucian pulau tersebut untuk tatapan genrasi akan datang. 


PULAU MENSIRIP


Pulau Mensirip juga adalah pulau yang dikawal oleh kerajaan Negeri Johor dari sebarang aktiviti snorkeling, menyelam dan apa jua aktiviti. 

Uniknya pulau ini adalah pada kisahnya dimana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar pada tahun 2015. Simbolik perasmian adalah baginda telah menyelam sejauh kedalam 8 meter dan meletekkan replika mahkota kedasar laut.  


PULAU HUJUNG

Seterusnya pengembaraan kami diteruskan kepulau seterusnya iaitu Pulau Hujung. Pulau Hujung bagi patik adalah antara pulau yang tercantik yang pernah patik lawati.


Sebenarnya banyak gambar yang patik ingin kongsikan dengan korang sebabnya Pulau Hujung ni terlalu cantik untuk dirakam sebagai bahan kenangan.







Korang lihatlah kejernihan dan kecantikan pulau ini. Memang tak tahu patik nak ceritakan. Ianya memang sangat-sangat cantik. 

Kebiasaan pulau yang patik pernah pergi, dimana kita singgah, disitulah ramai manusia akan ada. Tapi di Pulau Hujung ini, korang dapat merasakan hanya korang saja yang datang kesini tanpa sebarang gangguan orang ramai. Ibarat pulau ini korang yang punya !! Hehehee.


PULAU TENGAH 

Sama seperti Pulau Hujung, Pulau Tengah ssebuah pulau yang masih lagi tidak dikenali oleh orang ramai. Walaupun masih tidak didatangi orang ramai, keindahan Pulau Tengah memang tiada tolok bandingnya. 




Di Pulau Tengah ni korang boleh melakukan sebarang aktiviti termasuklah snorkeling dan sebagainya. Tapi patik mengambil peluang untuk bersantai sambil mandi manda dan merakam gambar-gambar kenangan.


Patik tidak tahu nak jelaskan bagaimana cantiknya pulau ini. Korang haris datang sendiri dan rasai bagaimana patik sudah rasai. Jangan lupa untuk membawa sebarang prop untuk mencantikkan lagi gambar korang yee. Hehehehe


PULAU BESAR

Pulau Besar adalah lokasi terakhir untuk pengembaraan patik, rakan blogger dan juga Oh Jalan. Di Pulau Besar ini adalah pulau yang didiami oleh penduduk kampung. 

Kiranya kemudahan disini lengkap dengan jeti sendiri dan juga lengkap dengan kemudahan chelet untuk orang ramai duduki.




Patik suka dengan persekitaran disini. Berbanding pulau-pulau lain, disini boleh patik kategorikan sebagai lokasi yang "hidup". Seperti biasa dekat sini kita boleh lakukan aktiviti seperti mandi-manda, snorkeling dan aktiviti pantai lain.


Secara keseluruhan, patik sangat berpuas hati dengan pengembaraan patik walaupun seharian untuk ke enam-enam pulau dimana 3 pulau yang tidak boleh dilawati (Pulau Harimau, Pulau Gual & Pulau Mensirip) tetapi boleh diabadikan dalam bentuk gambar dan juga 3 pulau lain (Pulau Hujung, Pulau Tengah & Pulau Besar) yang boleh kita rasai pengalaman itu sendiri. 

PAKEJ KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman seperti patik, ini ada sedikit informasi yang boleh korang gunakan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Oh Jalan.


Pakej A [Day Trip]

 RM168 / dewasa
RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot 'chartered' khas 
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling


Pakej B [2H1M]

 RM228 / dewasa
RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot 'chartered' khas 
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling
  • 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

OH JALAN
Telefon:
016-772 4594

Email:
sales@ohjalan.com

Facebook: 

Instagram: 

TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENAJA

Penggembaraan patik dan rakan blogger bersama Oh Jalan tidak akan berjaya sekiranya tidak sokongan daripada para penaja yang begitu komited didalam membantu kelancaran program ini. Ribuan terima kasih kepada mereka semua atas sumbangan yang diberikan. 

TERIMA KASIH


KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower­ A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040
Facebook: https://www.facebook.com/KLezCar/
Web: http://www.klezcar.com
Emel: fuad@klezcar.com


HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535
Emel: hotel_bluewater@yahoo.com.my


RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam


PRINT D TEE STUDIO 
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah, 
Kampung Mak Chili Paya, Chukai, 
24000 Kemaman, Terengganu. 
Tel: 014-514 1022 
Facebook: https://www.facebook.com/PrintDteeStudio 
Emel: printdtee@gmail.com
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang (Ahad-Khamis)

MENU ASLI KELANTAN HANYA DI RESTORAN SURIANI NASI KUKUS AMPANG

$
0
0
MENU ASLI KELANTAN HANYA DI RESTORAN SURIANI NASI KUKUS AMPANG


MENU ASLI KELANTAN HANYA DI RESTORAN SURIANI NASI KUKUS AMPANG | Bagi mereka yang tinggal dikawasan Ampang dan kawasans sekitar Tempoh hari patik sempat singgah ke sebuah restoran di Ampang yang diberi nama Restoran Suriani Nasi Kukus

Untuk pengetahuan semua, Restoran Suriani Nasi Kukus ini merupakan restoran yang mengetengahkan menu Kelantan sebagai menu utama dan juga makanan barat dan juga menu siam sebagai menu sampingan. 

Restoran Suriani Nasi Kukus merupakan cawangan pertama diluar kawasan Kelantan selepas 2 cawangan mereka disana.

Bila menjadi cawangan di Kuala Lumpur ini, nama restoran ini telah diberi nafas baru oleh pemilihnya menjadi MaxandCarl Kitchen dimana restoran ini menggunakan gabungan nama pemilik cawangan ini iaitu Encik Mahmud dan juga Encik Haikal tetapi resepi masakan adalah asli daripada Restoran Suriani Nasi Kukus dari Kelantan.

Dekorasi menggunakan kayu pallet di Restoran Suriani Nasi Kukus
Dekorasi menggunakan kayu pallet di MaxandCarl Kitchen
Melangkah masuk kedalam MaxandCarl Kitchen ini, patik cukup suka dengan konsep yang dibawakan oleh restoran ini. Dengan dekorasi menggunakan kayu pallet yang sedang in dengan semasa, menjadikan restoran ini kelihatan santai tetapi sedikit ekslusif.

Dekorasi yang ringkas dan santai di Restoran Suriani Nasi Kukus
Dekorasi yang ringkas dan santai di MaxandCarl Kitchen
Yang bestnya, bukan hanya restoran saja disini, didalam restoran ini juga terdapat butik diberi nama Butik MaxandCarl Kuala Lumpur.

Butik yang pada mulanya melakukan perniagaan melalui atas talian akhirnya berkolaborasi dengan MaxandCarl Kitchen. Kiranya sambil korang makan-makan, korang boleh mencuci mata melihat koleksi mereka di butik yang berada didalam restoran tersebut.

MENU BERASASKAN PERCIK

Keunikkan MaxandCarl Kitchen adalah mereka menyediakan masakan yang asli dari Kelantan dan menu berasaskan percik menjadi signature kepada restoran ini. 

Tempoh hari patik sempat merasa 3 menu terbaik berasaskan percik seperti Nasi Kerabu Ayam Percik, Ikan Siakap Bakar Percik dan Spaghetti Percik.

Nasi Kerabu Ayam Percik
Nasi Kerabu Ayam Percik
Selain menu berasakan percik, korang boleh mencuba menu pilihan lain disini seperti Colek Ayam Janda, Set Singgang Ikan Tongkol, Set Patin Masak Tempoyak dan juga Set Nasi Kukus Ayam Bakar.

Colek Ayam Janda
Colek Ayam Janda
Set Singgang Ikan Tongkol
Set Singgang Ikan Tongkol
Set Ikan Patin Masak Tempoyak
Set Ikan Patin Masak Tempoyak
Nasi Kukus Ayam Bakar
Nasi Kukus Ayam Bakar
Secara keseluruhan patik boleh komen yang makanan disini memang menepati tekak patik dan yang paling patik suka adalah Spaghetti Percik dan juga Ikan Siakap Bakar Percik.

Menu yang dihidangkan di Restoran Suriani Nasi Kukus
Menu yang dihidangkan di MaxandCarl Kitchen
2 menu tersebut membuatkan patik rasa ingin kembali lagi kesini dan menikmatinya panas-panas. Patik yakin ramai pembaca blog patik yang mencari lokasi makanan masakan Kelantan untuk dinikmati dengan suasana yang selesa pada harga yang sangat berpatutan. 



MaxandCarl Kitchen begitu komited dalam menghasilkan menu yang asli daripada Kelantan untuk orang ramai seiring dengan kehebatan Restoran Suriani Nasi Kukus milik ibunya di Kelantan. 


Bagi korang yang ingin cuba menikmati menu asli dari Negeri Kelantan ini, korang kena hafal tau restoran ni. MaxandCarl Kitchen adalah lokasinya. 

Bersama pemilik MaxandCarl Kitchen

Terima kasih kepada pemilik MaxandCarl Kitchen atas layanan patik dan juga rakan patik untuk sesi jalan-jalan cari makan. Ini patik ade sediakan sedikit maklumat yang korang boleh gunakan sekiranya ingin menikmati menu disini.


MAXANDCARL KITCHEN
No 8 B2 Ground Floor ,
City Garden Commercial Centre,
Jalan Nirwana 38, 
68000 Ampang Jaya, 
Selangor

Telefon:
+60 17-655 6551

Waktu perkhidmatan:


PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN

$
0
0
PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN

PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN | Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger telah dijemput oleh pihak portal nombor 1 di Malaysia, TONTON ke majlis memperkenalkan pakej terbaru dan sekaligus memperkenalkan wajah baru bagi TONTON.

Majlis perkenalan ini telah diadakan di Desa Balqis Resort Kuala Linggi Melaka dengan penuh meriah. Berkonsepkan #BerkampungMacamVIP menjadikan semua orang mesti berkeadaan kampung dimana tetamu lelaki diberi kain batik dan tetamu perempuan dengan kain pelikat. Haaaa baru laaa mood dekat kampung muncul.


Patik dengan begitu gigih bergerak dari Serdang terus ke Kuala Linggi dengan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai kesana.

Suasana #BerkampungMacamVIP
Suasana #BerkampungMacamVIP
Setibanya patik di Desa Balqis Resort Kuala Linggi ini, majlis telah bersedia dengan penuh cahaya. Teruja semua bercampur baur perasaan patik ni haaa. Patik membayangkan keceriaan sama seperti kemeriahan tempat yang tersedia.

PORTAL HIBURAN TONTON

Duta baru TONTON, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan
Duta baru TONTON, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan
Didalam majlis perkenalan #TontonMacamVIP ini, 2 wajah baru bagi TONTON telah diperkenalkan kepada rakan blogger dan media iaitu Mia Ahmad dan juga Saharul Ridzwan sebagai duta bagi portal TONTON tersebut.

Website TONTON yang boleh dilawati oleh orang ramai
Website TONTON yang boleh dilawati oleh orang ramai
Seperti yang kita sedia maklum, portal hiburan TONTON merupakan lokasi dimana segala kolaksi drama dan juga siaran hiburan dibawah Media Prima dikumpulkan.

Selain korang boleh menonton koleksi drama lama, korang boleh menonton drama baru yang berdefinasi tinggi (HD) malah yang lebih seronok korang boleh menontonnya lebih awal sebelum ditayangkan di TV dengan portal hiburan TONTON ini.

Tonton Macam VIP
Bersempena Hari Kebangsaan, TONTON telah menyediakan beberapa drama terbaru seperti It’s A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover. Selain itu, program eksklusif TONTON seperti Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis adalah antara rancangan yang wajib korang tonton.

Untuk menjadi ahli TONTON VIP, korang boleh melanggan pakej VIP terbaru serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video.

Barisan orang kuat TONTON dan wajah baru bagi TONTON
Barisan orang kuat TONTON dan wajah baru bagi TONTON
Pelan langganan VIP ini bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun). Cukup berbaloi bukan !!

Kemeriahan majlis TONTON
Kemeriahan majlis TONTON
Jom melanggan dengan TONTON dan jadilah penonton VIP supaya kita semua boleh menonton apa jua program pertama sebelum ditayangkan di TV !! Hahahaha.

DESA BALQIS RESORT KUALA LINGGI 

Selepas majlis, patik dan rakan media lain diberi peluang untuk bersantai di resort yang berkonsepkan kampung. Memang unik konsep di Desa Balqis Resort Kuala Linggi Melaka.



Memang mengimbau nostalgia ok dengan konsep yang diterapkan di Desa Balqis Resort Kuala Linggi ini haaa. Dengan rumah-rumah kampung Melaka yang cantik dengan tangga batu yang kelihatan mewah menjadikan ianya serupa sebuah rumah atok nenek patik.

Kenangan dirumah kampung Desa Balqis Resort Kuala Linggi
Keadaan rumah kampung yang memang akan membuat kita teringat kenangan dikampung halaman. Memang bijak konsep yang dipilih oleh Desa Balqis Resort Kuala Linggi ini.

Rumah Melaka dengan dekorasi tangga batu mereka.
Rumah Melaka dengan dekorasi tangga batu mereka.
Ruangan serambi untuk bersantai.
Ruangan serambi untuk bersantai.
Rumah Melaka tidak sah kalau tak ada beranda untuk kita bersantai. Dirumah kami, terdapat ruangan beranda atau ruang santai untuk bersembang atau mengumpat. Memang seronok sekali sekala dengan konsep begini.

Sempat membawang dengan rakan blogger lain.
Sempat membawang dengan rakan blogger lain.
Outfit of the Day (OOTD)
Bila banyak tempat yang boleh digunapakai untuk diabadikan didalam gamabr, patik juga mengambil peluang untuk joint sama. Hahahahaa. Memang setiap inci rumah ini cantik untuk dijadikan kenangan.

Apa pun terima kasih kepada team Media Prima atas jemputan ke sesi perkenalan duta terbaru TONTON.

 WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER


MINUM PETANG MUDAH DENGAN PERIUK SERBAGUNA

$
0
0
MINUM PETANG MUDAH DENGAN PERIUK SERBAGUNA DORAEMON

MINUM PETANG MUDAH DENGAN PERIUK SERBAGUNA | Korang masih ingat entri berkenaan #periukdoraemon yang patik buat tempoh hari? Kalau korang nak singgah baca, ni haa link entri tersebut:


Sejak dua menjak ni, kehidupan patik di pejabat lebih mudah dengan adanya #periukdoraemon tersebut. Segala menu berkonsep sihat boleh patik sediakan dengan menggunakan periuk tersebut.

Kenapa patik gelarkan dia sebagai #periukdoraemon? Sebabnya dengan 1 periuk ni, korang boleh memasak lauk, memanaskan lauk dan juga menanak nasi hanya menggunakan 1 bekas. Nampak tak betapa mudahnya #periukdoraemon ini. 

Untuk kali ni patik telag menggunakan #periukdoraemon untuk mengukus pau segera dan ditambah juga kopi panas menjadi pilihan patik untuk petang ini. 

Ramai rakan sosial patik yang bertanya dimana boleh mereka dapatkan periuk yang ringkas dan mudah seperti patik ni haaaa. Untuk itu nanti patik akan kongsikan dengan korang dimana patik dapatkan periuk istimewa ini. 

SHOKUBUTSU ANJUR LARIAN "BE MY REASON SHOWER RUN 2016"

$
0
0

SHOKUBUTSU ANJUR LARIAN "BE MY REASON SHOWER RUN 2016" | Bagi mereka yang menggemari larian jenis marathon atau pun lebih mudah dipanggil 'fun run', ni haaa patik nak cadangkan korang untuk turut serta didalam larian "Be My Reason Shower Run 2016" anjuran sebuah produk mandian popular di Jepun, Shokubutsu

Larian kali ini adalah sedikit unik bagi patik kerana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan sebagai simbolik tanda sokongan untuk membuat pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. 


Bagi patik program seperti ini memang baik sebagai langkah awal untuk membenteras kanser payudara yang merupakan pembunuh senyap bagi wanita. Kebanyakkan wanita masih tidak tahu bagaimana untuk membuat pemeriksaan payudara mereka sendiri ketika dirumah khususnya semasa mandi. 

Oleh sebab itu, Shokubutsu dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) mengambil langkah inisiatif untuk membuat program kesedaran ini pada 9 Oktober 2016 bertempat di The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam . Terbaik !!

Khabarnya pelakon Beto Kusyairy akan turut serta berlari bersama isterinya, Tisha Shahar dimana isteri beliau telah melalui pengalaman yang menakutkan apabila dikesan mempunyai ketulan pada payudaranya tidak lama dahulu. 

Apa yang boleh dipuji adalah sokongan suami, keluarga adalah kunci penting bagi memberi kesedaran kepada orang yang kita sayang. 

Selain daripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, korang boleh mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. 

Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) akan turut membuka sebuah booth buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul.

LARIAN "BE MY REASON SHOWER RUN 2016"

Bagi mereka yang ingin sama-sama turut serta dalam larian "Be My Reason Shower Run 2016" ni korang boleh turut serta dengan membuat pendaftaran diatas talian yang patik sediakan ini. 

Be My Reason Shower Run

Tarikh: 9 Oktober 2016, Ahad
Masa: 7.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran: RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran: 

Facebook:


Pengambilan Race Kit :

Tarikh: 7 dan 8 Oktober 2016 | Jumaat dan Sabtu
Masa: 11.00 pagi - 5 petang 
Tempat: The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan Kota Kemuning, Shah Alam)



Semua peserta yang menyertai "Be My Reason Shower Run 2016" akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/ Ultrasound Prostat daripada BP Healthcare Group dan minuman yang ditaja oleh Umbro- Isotonic Drinks daripada Ace Canning Corporation Sdn. Bhd.


 

Jadi jom ramai-ramai untuk turut serta didalam larian "Be My Reason Shower Run 2016"lekas datang dan menyokong larian sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. InsyaAllah patik akan turut serta didalam larian tersebut. 


CUKURAN HEBAT DENGAN GILLETTE MACH 3 TERBAHARU

$
0
0

CUKURAN HEBAT DENGAN GILLETTE MACH 3 TERBAHARU | Sebagai seorang lelaki yang mempunyai rerambut wajah yang perlu dirapikan, patik sangat mementingkan jenis pencukur yang selesa supaya hasil cukuran akan kelihatan kemas dan masalah kulit hasil daripada cukuran dapat dielakkan. 

Bila nak keluar tu patik akan pastikan misai dan sedikit janggut patik akan diberi sentuhan cukuran supaya bila keluar tu patik akan rasa confident dengan penampilan patik. Untuk lebih senang patik selalu menggunakan pencukur biasa jenis pakai buang kerana 'mungkin' dianggap lebih murah.

Tempoh hari patik sempat menyinggah farmasi untuk mencari barangan keperluan patik seperti spray rambut, pewangi badan dan sebagainya dan patik ternampak produk terbaharu daripada Gillette ini. Patik ingin mencuba apa kehebatan yang akan diberikan oleh Gillette Mach 3 kepada patik.

Kenapa patik memilih Gillette Mach 3 terbaharu ini? Gillette Mach3 baharu sekarang datang dengan bilah pencukur yang lebih tajam and jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran and kulit yang hebat berbanding pencukur pakai buang biasa. Selain it, terdapat beberapa faktor yang patik sendiri selesa dengan kehebatannya.

PEMEGANG GETAH YANG SELESA

Sesuatu yang membuatkan patik begitu selesa dengan Gillette Mach 3 ini adalah pemegang getah yang selesa. Seperti biasa sekiranya patik ingin bercukur, selalunya akan melibatkan buih pencukur dan juga air dan ianya akan menyebabkan licin sekiranya menggunakan pencukur biasa.

Tetapi dengan pencukur Gillette Mach 3 ini, ianya akan memberi cengkaman yang maximum kepada sesiapa yang memegangnya. 

Pemegang getah yang selesa
Pemegang getah yang selesa
Pemegang getah yang begitu selesa & sedap untuk digenggam dan memudahkan kerja bercukur patik. Kiranya memang sedap dan selamat bila patik melakukan proses cukuran didalam bilik mandi.

3 BILAH PISAU BERBANDING 2 BILAH PISAU YANG BIASA

Dengan memberikan 3 bilah pisau, bilahan ini boleh membantu melakukan cukuran sehingga akar rerambut. Bilah pertama mampu menarik rerambut keluar daripada "rumahnya" untuk membenarkan dua bilah pencukur lain mencukur sehingga keakarnya. 

3 bilah pisau yang memberikan cukuran kemas
3 bilah pisau yang memberikan cukuran kemas
Jadi kekerapan bercukur akan dapat dikurangkan dengan menggunakan pencukur dari Gillette Mach 3 ini. Selain itu bilahan pisau tersebut mampu kekal tajam sehingga cukuran kali ke sepuluh. Haaaa korang boleh bayangkan betapa jimat kan?!!

BILAH YANG BERSAMBUNG DENGAN SPRING

Bagi patik kestimewaan Gillette Mach 3 adalah pada keselesaan spring yang bersambung pada bilah. Bila korang menggunakan pisau cukur daripada Gillette Mach 3 ini, korang dapat merasai pengalaman bercukur yang seronok tanpa sakit kerana dengan adanya spring ini, bahagian lekuk-lekuk pada wajah boleh disentuh oleh pisau cukur ini. 

Bilah pangsa yang bersambung dengan spring memberikan keselesaan
Bilah pangsa yang bersambung dengan spring memberikan keselesaan
Jadi dengan kebaikan pencukur seperti ini, korang boleh merasai pengalaman bercukur dengan seronok tanpa stress sekiranya korang dalam keadaan tergesa-gesa untuk melakukan urusan luar. 

BINAAN PANGSI TERBUKA UNTUK TUJUAN PEMBERSIHAN CUKURAN

Selalunya sekiranya patik menggunakan pencukur biasa, lebihian cukuran akan tersekat didalam pencukur tersebut dan patik perlu mengetuk-ngetuknya supaya lebihan tersekat akan keluar. 

Tetapi dengan Gillette Mach 3 ini, korang akan dapati semua lebihan cukuran akan terkeluar daripada binaan pangsi yang terbuka. 

Binaan pangsi terbuka untuk tujuan memudahkan pembersihan
Binaan pangsi terbuka untuk tujuan memudahkan pembersihan
Jadi tiada masalah tersekat rerambut selepas ini kerana korang hanya perlu melalukan dibawah air dan lebihan itu akan keluar bersama air melalui binaan pangsi yang terbuka. Hebat bukan Gillette Mach 3 ini?!!



Dengan Gillette Mach 3 ini, patik tidak terfikir untuk berubah kepencukur yang biasa lagi kerana segalanya yang diberikan oleh Gillette Mach 3 adalah yang terbaik untuk kulit dan cukuran patik.


Jadi, untuk mendapatkan cukuran yang baik, pisau cukur yang baik penting untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik. Dapatkan Gillette Mach 3 terbaharu disemua cawangan jualan utama hari ini !!!

Bagi mereka yang inginkan informasi berkenaan Gillette Mach 3 terbaharu ini, korang boleh dapatkannya seperti berikut:

Facebook:

Website:

SUPLEMEN TAMBAHAN DARI NU-PREP MEMBANTU KEKAL CERGAS, SIHAT DAN BERTENAGA

$
0
0

SUPLEMEN TAMBAHAN DARI NU-PREP MEMBANTU KEKAL CERGAS, SIHAT DAN BERTENAGA | Sebagai blogger nombor 1 di Malaysia, patik sejak dua menjak ni mengalami sedikit kelesuan. Mana tidaknya dengan mengurus hal rumah sejak ketiadaan bonda tercinta serta sibuk dengan kerja harian dan aktiviti blogging. Memang memenatkan.

Apa lagi, sambil patik singgah ke farmasi mencari spray rambut dan juga perkakas lelaki lain, patik sempat menjengah kebahagian ubat-ubat tambahan. Saja untuk mengambil tahu produk yang mana mungkin sesuai. 



Tiba-tiba mata tertacap produk kotak berwarna merah oren tertulis NU-Prep. Dalam hati adakah ini jenis "ubat kuat lelaki" yang orang diceritakan tu?

Belek punya belek rupanya NU-Prep ini adalah suplemen tambahan yang membantu orang-orang macam patik ni haaa. Huhuhu. Yesss patik sudah dapat jawapannya !! Yang bestnya suplemen ini sesuai untuk LELAKI dan juga WANITA.



Selalunya kalau untuk mendapatkan suplemen patik lebih suka membaca informasi yang terdapat dibotolnya dahulu sebelum membuat keputusan untuk dapatkannya.

NU-PREP PRODUK SUPLEMEN KESIHATAN WANITA DAN LELAKI



Nu Prep yg dihasilkan oleh syarikat Biotropics Malaysia Berhad merupakan suplemen tongkat ali semula jadi dari hutan hujan di Malaysia. Walaupun Nu-Prep ini tertera perkataan LELAKI, ini tidak bermakna ianya tidak sesuai untuk golongan WANITA. Seperti kita sedia maklum kebaikan tongkat ali ini sesuai untuk semua kaun WANITA dan LELAKI. Jadi tiada masalah untuk berkongsi.



Hasil bacaan patik, kebaikan Nu-Prep ini telah diuji oleh 15  kajian klinikal untuk meningkatkan kecergasan, menambahkan tenaga, memulihkan kelesuan, menguatkan badan dan melancarkan peredaran darah didalam badan kita. Wooo.. rupanyanya hebat penangan tongkat ali didalam tubuh badan selain produk ini telah mendapat sijil HALAL daripada JAKIM Malaysia.



Selain itu suplemen ini telah diberbuat oleh sainstis dari Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (USA) dan telah dipatenkan di Malaysia, Amerika Syarikat Eropah serta Jepun. Nampak hebat bukan produk hasil kerjasama ini demi menghasilkan produk yang terbaik untuk pengguna.



Kompaun aktif yang diakstrak daripada tongkat ali ini membantu bagi meningkatkan stamina, memulihkan tenaga dan memulihkan kelesuan kita semua.

Hanya dengan 2 capsul sehari, Nu-Prep insyaAllah dapat membantu patik kembali bertenaga dan mengurangkan kelesuan dalam melakukan aktiviti seharian sebagai pekerja, anak dan blogger nomber 1 di Malaysia.



Bagi mereka yang ingin mendapatkan suplemen tambahan dari Nu-Prep ini korang boleh ke Guardian, Watson, Caring, Farmasi Vitacare, Kedai Jamu Tradisional atau dapatkan informasi seperti yang patik sediakan.

BIOTROPICS MALAYSIA BERHAD
Lot 21 Jalan U1/19 Section U1,
Hicom-Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor

Website:

Hotline:
1 800 22 2012
GL: +603 5565 5600 | DL:+603 5565 5645 | F:+603 5565 5601

Email:
noorsyarida.s@biotropicsmalaysia.com
nuprep@biotropicsmalaysia.com

Instagram:
NuPrepLelaki

Facebook:
Nu Prep Lelaki


TAPAI PULUT MANISAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU

$
0
0

TAPAI PULUT MANISAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU | Sebagai tekak melayu yang kuat, patik agak menggemari manisan tradisi orang melayu terutamanya tapai pulut. 

Orang lama-lama dahulu berpendapat tapai pulut akan menjadi apabila kena pada si pembuatnya. Terdapat petua-petua yang si pembuat kena ikuti supaya tapai pulut yang terhasil akan menjadi masak masni sedap untuk dinikmati. 

Tempoh hari patik telah diajar oleh sahabat patik yang memang orang Kelantan untuk membuat tapai pulut. Tengok gayanya macam mudah. Tapi bergantung kepada masing-masing.

CARA MEMBUAT TAPAI PULUT

Untuk membuat tapai pulut, patik telah melihat cara-cara penyediaannya. Jadi apa yang akan patik berikan ini adalah lebih kurang cara-cara membuar tapai pulut. Patik tidak janji kesedapatan yang terhasil, tapi patik membantu memberikan apa yang patik pelajari.


Bahan yang kita perlukan adalah pulut, ragi, daun pisang, stapler atau pencungkil gigi untuk mengikat daun pisang nanti. Haaaa modal untuk buat tapai pulut ni tak sampai RM10 pon. Tapi hasilnya wowwww nanti. 


Beras pulut tadi hendaklah dibasuh sehingga bersih dan direndam didalam air lebih kurang 1 jam bagi memberi kelembutan dan menjadikan pulut lebih kembang.


Selepas pulut tadi direndam selama 1 jam. Pulut sedia untuk dikukus dengan pengukus.Pastikan korang letakkan jaring net dibahagian dasar pengukus dan barulah diletakkan beras pulut tadi. Kukus dengan air yang sederhana sehingga agak masak. 


Selepas selesai kukus, korang keluarkan pulut tadi masuk kedalam besen besar. Kemudian korang tambah secawan air untukmemberi kelembutan kepada pulut tersebut. 


Kemudian pulut tadi diletakkan kedalam bekas pengukus dan dikukus kembali dalam masan 30min supaya pulut tadi lebih mesra. 


Selesai sesi mengukus pulut,pulut tadi hendaklah dikeluarkan dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum melalui proses seterusnya. 


Setelah pulut tadi sejuk, korang boleh mula untuk menabur ragi. Taburan ragi hendaklah sebati dan rata supaya proses penapaian kemudian akan mesra sekata. 


Taburan ragi tadi hendaklah dilakukan dengan sekata dan pulut yang telah ditanak hendaklah dibolak balik dan digaul mesra dengan ragi tadi. 


Selesai proses tadi, sekarang adalah masa untuk membuat proses pembungkusan tapai pulut ini kedalam daun pisang. Sukatan pulut untuk dibungkus adalah bergantung kepada masing-masing. Memadai dengan sesudu makan untuk setiap bungkusan. 

Ada orang jenis suka bungkus dengan menggunakan daun getah tapi patik menggunakan daun pisang untuk memberi rasa daun pisang kepada tapai patik nanti. 


Selepas siap membungkus,korang boleh mengikat tapai pulut korang tadi dengan oencukngkil gigi atau pun dengan stapler. Ikut kesukaan korang yeee. 


Kemaskan lebihan juntaian daun yang berlebihan supaya tapai pulut kita akan kelihatan cantik dan seronok dimakan nanti. 


Selepas selesai sesi membungkus, tapai pulut tadi hendaklah diletakkan didalam bekas bertutup dan korang hendaklah membalut bekas bertutup tadi dengan sebarang kain. Proses penapaian ini tidak memerlukan cahaya matahari dan korang perlu membiarkan bekas berbalut kain tadi sekurang-kurangnya seharian semalaman. Lagi lama korang biarkan dia, lagi sedap dan manis hasilan tapai pulut tersebut. 

Haaaaa jadi macam mana? Mudah bukan? Lepas ni korang boleh laaa makan tapai pulut ini dengan ais krim. Memang sesuai dikala musim panas yang melanda kehidupan ni kan. Hahaha

Apa pun terima kasih kepada rakan patik yang sudi mengajar patik untuk membuat tapai pulut ini. 

Sumber Facebook:Redzuan Abd Manaf

BAUCAR CJ WOW SHOP UNTUK AHLI TONTON VIP SEMPENA HARI MALAYSIA 2016

$
0
0

BAUCAR CJ WOW SHOP UNTUK AHLI TONTON VIP SEMPENA HARI MALAYSIA 2016 | Korang suka sesuatu yang percuma? Ni haaaa baucar CJ WOW SHOP berjumlah RM30 yang akan diberikan secara percuma kepada 1000 orang pertama yang menjadi ahli TONTON VIP bermula dari 16 - 30 September 2016. 

Keistimewaannya adalah korang yang menjadi ahli TONTON VIP adalah akses ke arkib tonton yang mempunyai lebih 23,000 jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan. Yang bestnya lagi, korang boleh menonton cerita terbaru beberapa bulan awal sebelum rancangan tersebut disiarkan di televisyen dan bagi pengguna telefon anroid dan IOS, korang boleh memuat turun apa jua rancangan diaplikasi TONTON dan boleh menonton ketika off line. Haaaa menarik bukan?!!

Oh yaaaa baucer yang korang dapat tadi korang boleh gunakan untuk memberi apa jua produk di CJ WOW SHOP termasuklah kategori fasyen, kecantikan, kediaman dan kehidupan. Pendek kata emua yang ada di CJ WOW SHOP korang boleh gunakan baucer tersebut. 

Berbalik kepada promosi yang diberikan kepada ahli TONTON VIP, sempena Hari Malaysia 2016 korang boleh menyaksikan rancangan seperti It’s A Date, sebuah program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran dan semuanya di TONTON.

Kisah yang memaparkan keunikkan dan keindahan Malaysia boleh korang tonton seperti Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle.

Jadi apa tunggu lagi, lawati www.tonton.com.my untuk menonton sebagai TONTON VIP dan ke www.cjwowshop.com.my untuk menebus baucer yang diberikan tadi.

Instagram:
TontonMy

Website:


HARGA BAHARU BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA

$
0
0
HARGA BAHARU BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA

HARGA BAHARU BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA | Bila hati teringin untuk melihat kawasan peninggalan kesan peristiwa Tsunami, benda yang patik risau adalah pasport. 

Tempoh hari patik telah ke Pejabat Imigresen Malaysia yang terletak di Perhantian Kajang, Kajang dimana ianya adalah lokasi bagi orang-orang Bandar Baru Bangi, Kajang membuat pasport. Mujurlah rumah patik agak dekat dengan lokasi tersebut. Jadi bolehlah patik datang agak lambat. Hehehe

Harga Pasport Malaysia

Setibanya disana patik sangat terperanjat kerana patik sudah sampai seawal 7.15 pagi tetapi barisan untuk mengambil nombor sudah panjang. Dalam hati patik berharap agar patik sempat untuk mendapatkan nombor kerana keesokkannya patik perlu terbang ke Aceh Indonesia.

Pejabat Imigresen Malaysia
Pejabat Imigresen Malaysia

Alhamdulillah akhirnya patik dapat juga nombor untuk memperbaharui pasport patik. Lega dekk oi. Sambil-sambil menunggu patik melihat informasi berkenaan harga baharu bagi permohonan pasport Malaysia.

Patik teringat dulu kalau kita nak memperbaharui untuk setahun berharga RM100. Tapi sejak 2015, harga telah bertukar menjadi RM200 untuk 5 tahun permohonan. Baru jeee patik tahu dengan perubahan harga baharu ini. Maklumlah patik ni bukan jenis travel merata.

Pasport Malaysia
Pasport Malaysia

Dalam masa 3 jam urusan untuk memperbaharui pasport patik akhirnya selesai. Jumlah yang perlu patik bayar adalah RM200 untuk jangka masa 5 tahun. Panjang bukan?! Sekarang patik bebas untuk keluar negara jika tiada masalah dengan PTPTN nanti. Hehehehe.

Kenangan pasport Malaysia
Kenangan pasport Malaysia

Sekarang ni patik sudah mempunyai 3 pasport dan 2 daripadanya telah lupus tarikh dan boleh dijadikan kenangan.

Bila sebut kenangan, patik teringat kenangan patik pertama kali ke Negara China semasa zaman belajar dulu. Memang pengalaman pertama dimana patik perlu berurusan dengan pihak kedutaan China untuk mendapatkan visa melawat ke Negara China.

Pasport Malaysia
Pasport Malaysia

Jadi lepas ni cadang patik adalah untuk melawat Aceh, Indonesia demi menunaikan hasrat melihat peninggalan peristiwa Tsunami yang 12 tahun berlalu pada tahun 2004. Nanti patik kongsikan kisah patik disana yee.

Viewing all 496 articles
Browse latest View live