Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all 496 articles
Browse latest View live

KURTA MODEN DAN TERKINI DARIPADA BY FAUZI ARYAAN

$
0
0
KURTA MODEN DAN TERKINI

KURTA MODEN DAN TERKINI DARIPADA BY FAUZI ARYAAN | Semakin hari semakin banyak koleksi pakaian muslim yang dihasilkan didalam pasaran. Tidak lupa koleksi daripada ByFauziAryaan yang mengenengahkan konsep TRENDY . MODEN . SOPAN.

Untuk koleksi terbaru, terdapat 5 rekaan yang sangat bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat. Jenis kain yang digunakan juga adalah jenis kain kapas yang memang sesuai denagn cuaca di Malaysia yang jenis menyerap peluh. 

KURTA MODEN DAN TERKINI

KURTA MODEN DAN TERKINI

KURTA MODEN DAN TERKINI

KURTA MODEN DAN TERKINI

KURTA MODEN DAN TERKINI

Harga yang ditawarkan oleh ByFauziAryaan ini juga amatlah berpatutuan iaitu RM150 termasuklah caj pengeposan untuk sehelai kurta ini. Korang boleh terus menghubungi memilik ByFauziAryaan ini dan korang akan dapat sedikit tawaran hebat. Huhuhu.

Bagi mereka yang ingin memilik koleksi ini, korang boleh menghubungi pemilik butik online ini:

Instagram:

Email:
byfauziaryaan@gmail.com

Telefon /  Whatsapp:
019-6072961


BUTIK VENDOR DALIA JAMIL KINI DIBUKA

$
0
0
BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL KINI DIBUKA | Sejak dua menjak ni, patik lihat banyak butik vendor yang menjadi platform kepada penjual-penjual barangan online muncul dimerata tempat. 

Tidak terkecuali Butik Vendor Dalia Jamil yang telah membuka butik berkonsepkan butik vendor tempoh hari yang berlokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Patik juga sempat melihat sendiri keadaan butik vendor ini.

Lokasi yang bagi patik agak starategik kerana tidak terlalu tertumpu seperti di Seksyen 7 Shah Alam dimana terdapat pelbagai butik vendor dan juga butik lain muncul yang menjadikan masalah kepada tempat letak kereta pengunjung.  

Menurut pemilik butik vendor ini, Puan Mastura Abdul Rahman, beliau memilih kawasan ini adalah kerana berdekatan dengan SALAM Medical Centre dan juga Hotel De Palma Inn yang memang sangat berdekatan dengan butik ini. Selain itu, keselesaan tempat letak kereta pengunjung juga menjadi keutamaan kepada Puan Mastura yang menjadikan pengunjung mudah untuk membeli belah di butik ini. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Bermula dengan perniagaan aktif secara online dengan menjual handsock dan juga stokin mesra solat menjadikan pemilik butik vendor ini bertekad membuka butik berkonsepkan vendor dimana penjual lain juga berpeluang untuk turut serta dibawah satu payung. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Antara jenama yang turut serta didalam butik vendor ini adalah Qilayya Hijab, Ninth Avenue, Al Hadeef, Niemia dan beberapa label lain yang akan turut serta kemudian. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Selain menjual kelengkapan wanita, Butik Vendor Dalia Jamil ini juga turut menjual pakaian lelaki yang berkonsepkan muslim seperti jubah dan kurta bagi lelaki. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Patik turut memperagaakan beberapa pakaian daripada lelaki seperti jubah yang memang sedap dipakai.

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Kelengkapan yang dijual disini bermula pada harga RM2 sehinggalah RM250 meliputi pin tudung, handsock, stokin, inner tudung, blous, jubah, kurta dan sebagainya. 

Bagi mereka yang ingin melihat sendiri butik vendor ini korang boleh ke:

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL
No. 49, Jalan Nelayan 19A
Seksyen 19, Shah Alam
Selangor

Telefon:
013-272 5881

Waktu Perniagaan:
10.30 pagi - 10.00 malam

Facebook:
Dalia Jamil

Instagram:

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Akhir kata, terima kasih atas jemputan dan tahniah kepada pemilik Butik Vendor Dalia Jamil diatas pembukaan rasmi tempoh hari.


STESEN MINYAK PETRON HARGAI PENGGUNA

$
0
0
STESEN MINYAK PETRON

STESEN MINYAK PETRON HARGAI PENGGUNA | Stesen minyak Petron telah menjadi stesen utk patik mengisi minyak sejak dua menjak ini. Pada mulanya patik terjebak untuk terus  setia dengan stesen minyak Petron ini adalah atas cadangan adik patik yang mengatakan memang jimat dengan minyak di Petron.

Memang tidak disangkalkan lagi, penjimatan dengan penggunaan minyak Petron memang terasa dan sehingga kini patik setia dengan minyak Petron.

STESEN MINYAK PETRON

Nak dijadikan kisah, patik ada menyinggah stesen minyak Petron untuk berjalan jauh dan tak sangka pelbagai 'sagu hati' yang pati terima. Pendek kata Petron sedang mengadakan promosi penghargaan kepada pengguna Petron dengan memberi hadiah kepada pengguna mereka.

Seperti patik yang ingin berjalan jauh, patik mengisi minyak pada harga RM50 dan kemudian mereka memberikan patik sekeping sampul kecil yang berisi hadiah rahsia. Alaaaa patik bukan beriya sangat. Sekadar suka-suka jeee menerima hadiah tersebut.

STESEN MINYAK PETRON

Selain pengisian RM50 dan keatas untuk minyak, mereka juga menawarkan kepada pengguna sekeping buku kecil dimana korang boleh mengumpul seberapa banyak 'pelekat' untuk ditampalkan didalam buku kecil tersebut dan korang boleh menebus hadiah yang tertera. 

STESEN MINYAK PETRON

Antara hadiah yang ditawarkan adalah tiket taman tema, vaoucher makanan segera dan juga tiket menonton wayang. Haaaa tak ke itu berbaloi. 

STESEN MINYAK PETRON

Sambil korang mengisi minyak, korang boleh mula mengumpul pelekat dan boleh terus menebus segala jenis hadiah yang ditawarkan didalam buku kecil tersebut. 

Jadi apa tunggu lagi. Segera ke stesen minyak Petron dan dapatkan segala hadiah yang ditawarkan sempena Petron hargai pengguna. 

GLAMOHEALTH PRODUK TRADISIONAL PENYEMBUH BATU KARANG

$
0
0

GLAMOHEALTH PRODUK TRADISIONAL PENYEMBUH BATU KARANG | Penyakit batu karang terjadi apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. 

Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. 


Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair seperti air masak dan akhirnya mendakan seperti kristal /  batuan akan menghalang pengaliran air kencing yang lawas.

Itu adalah sedikit sebanyak yang patik dapat kongsikan apa yang dimaksudkan dengan penyakit batu karang yang kebiasaannya berjadi kepada golongan pertengan usia.


Terbaru dengan resepi tradisional, GlamoHealth tampil dengan produk kesihatan mereka yang bukan sahaja boleh membantu menyembuhkan penyakit batu karang tetapi pelbagai jenis penyakit seperti masalah jantung, pedih hati, buasir, darah tinggi, kencing manis, jantung dan bermacam masalah kesihatan yang lain. Kiranya sebotol produk GlamoHealth boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah.



Kira ini adalah rawatan alternative untuk merawat segala penyakit yang patik sebut diatas tu haa. Nak kata ajaib tu, patik tengok sudah ramai yang memberi respon positif terhadap produk kesihatan ini dan apa kata kita cuba dan kita rasa.

Ramuan didalamnya adalah terdiri daripada pati asli daripada makanan yang 100% semulajadi dan elok untuk badan kita seperti:
  • Buah Lemon 
  • Daun Dukung Anak 
  • Cuka Epal 
  • Buah delima 
  • Selasih 
  • Ubi Bit Merah 
  • Daun Celery 
  • Madu 
  • Daun Durian Belanda 
  • Daun Belalai Gajah 
  • Rempah Ratus
Hmmm nampaknya ianya memang sangat semulajadi dan patik sendiri sudah ada seboyol dirumah untuk patik amalkan sendiri. Orang kata, jangan dengar kata orang. Baik kita cuba sebotol untuk mengetahui kesan pada badan sendiri. 

Cara untuk mengamalkan produk GlomaHealth ini adalah: 
  • Mulakan dengan Bismillah dan niat untuk kesembuhan, minum dalam keadaan duduk (lebih baik) sebelum tidur.
  • Jangan minum air sejam sebelum dan selepas ambil GlamoHealth
  • Tidur seperti biasa.
  • Minum air yang banyak pada keesokan hari seelok-eloknya sebanyak 4 Liter.
  • Ulang sehingga 14 hari berturut atau sehingga batu karang keluar melalui saluran kencing atau apapun masalah penyakit yang dihadapi mulai susut. 
Apa pun patik ingin sarankan disini, produk GlomaHealth ini adalah sebagai produk alternative dan bukan produk ajaib. Jika istiqomah didalam penggunaan dan berharap kesihatan yang baik, insyaAllah kita akan diberikan yang terbaik. 

Bagi mereka yang ingin mencuba produk penyembuh batuk karang dan juga penyakit-penyakit lain, patik sarankan untuk mendapatkan informasi seperti tertera:


GLAMOHEALTH CUSTOMER SERVICE
012-2266953

Facebook:

Email:
glamohealth@gmail.com


KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI BERSAMA RAKAN TAULAN

$
0
0

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI BERSAMA RAKAN TAULAN | Patik perasan sejak dua menjak ni, konsep makan yang ala-ala melambak yang orang panggil 'shell out'  ni sangat popular di Malaysia.

Patik sebenarnya hanya mengetahui kisah 'shell out'  bila ternampak dekat time line facebook patik dimana mereka ni akan berapron sambil menikmati makanan lauk yang dilambakkkan diatas meja panjang sambil dinikmati bersama rakan taulan atau dengan keluarga tercinta dan khabarnya kos makan untuk 1 kepala memakan harga yang boleh tahan mahal dia. 

Nak dijadikan cerita, kawan patik telah memberi cadangan untuk membuat konsep 'shell out'  dimana korang boleh menikmati makanan laut dengan konsep yang sama pada harga yang sangat berpatutan. 

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

Kami telah mengubah sebuah kelas menjadi konsep ala-ala fine dining. Haaaaa bijak kan kami demi untuk menikmati makanan sama seperti konsep 'shell out' yang digembar gemburkan itu.

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

Konsep 'shell out' ni memang mudah. Bentang plantik seluas alam, tuang lauk diatas plastik tersebut, pakai apron dan sama-sama menikmati lauk tersebut sehingga habis. 

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

Bila lauk semua telah dituang semua diatas plastik, memang agak teruja laaa sebab keadaan ni bagi patik hampir serupa dengan yang patik lihat orang yang makan di restoran yang dikatakan tersebut. 

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI

Memang puas hati dengan cadangan kami ni sebab kos yang kami keluarkan memang sangat berbaloi dan makanan yang kami dapat memang sungguh berbaloi. 

Bagi mereka yang ingin merasai konsep shell out harga berbaloi seperti kami ni, korang boleh menghubungi pengusaha dan boleh berbincang dengan mereka untuk menu yang mereka sediakan dan mereka akan terus memberikan servis seperti yang korang lihat apa yang patik alami. 

HAMDAN 'SHELL OUT' 
017-9850059

Beliau akan menyediakan segala masakan dan keperluan, dan dan terus hantar ke lokasi korang. Korang hanya perlu menyediakan tempat untuk menikmati makanan tersebut. 

Bagi patik, perkhidmatan yang sepatutnya boleh dibantu kerana makanan beliau memang terbaik. Sangat sedap, Cubalah !!!


PENGALAMAN MENGGUNAKAN PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

$
0
0
PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

PENGALAMAN MENGGUNAKAN PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG | Korang masih ingat tentang menulisan patik yang bertajuk GLAMOHEALTH PRODUK TRADISIONAL PENYEMBUH BATU KARANG tempoh hari? Jadi ada apa-apa perubahan?

Seperti yang patik pernah ceritakan dahulu, penyakit batu karang ini boleh terjadi kepada sesiapa saja tidak kira yang tua atau yang muda. Penyakit batu karang ini terjadi adalah disebabkan kepekatan tinggi pada air kencing kita disebabkan kurangnya minum air masak ataupun mengamalkan die yang sihat dan akhirnya akan termendak didalam buah pinggang dan juga salur kencing kita. 

PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

Mujurlah dengan adanya GlamoHealth iaitu produk yang berasaskan bahan semualajadi 100% dari ekstrak buahan dan juga makanan yang baik-baik. 

Sebenarnya patik menulis ini bukan sebagai orang yang mempromosikan barangan ini, sebaliknya patik telah mencuba dan memang ianya sangat berkesan. Pada cubaan awal, memang sistem pembuangan air besar patik menjadi semakin lancar dan badan memang sedap ringan. Mungkin disebabkan toksin didalam badan dicernakan dari penyahtinjaan. 

Itu adalah pengalaman patik selepas sehari penggunaan. Sebenarnya banyak lagi orang ramai yang berkongsi terhadap keberkesanan produk GlamoHealth terhadap setiap pengguna.

PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

Sebenarnya produk ini bukan sahaja boleh menyembuh penyakit batu karang, malahan penyakit seperti penyakit jantung, pedih hati, buasir, darah tinggi, kencing manis, jantung dan bermacam masalah kesihatan yang lain insyaAllah akan terubat. Apa salahnya mencuba sekiranya ianya mujarab kan?

PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

PRODUK GLAMOHEALTH PENYEMBUH BATU KARANG

Patik sudah mencubanya dan ia ternyata memang sesuai dengan diri patik. Lepas ni patik akan terus menghabiskan sebotol produik GlamoHealth ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan dalam jangka masa panjang.

Bagi mereka yang ingin mencuba seperti patik, korang boleh terus menghubungi mereka serti info yang patik sediakan.


PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA
GLAMOHEALTH CUSTOMER SERVICE

Telefon:
012-2266953

Email:
glamohealth@gmail.com

Facebook:

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA LOKASI MAKAN DI ATAS TASIK

$
0
0
RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA LOKASI MAKAN DI ATAS TASIK | Kalau korang yang sering ke Tasik Titiwangsa memang akan terbiasa dengan lokasi restoran ini yang dahulunya adalah Restoran Nelayan dan kini dikenali sebagai Restoran D'Saji KL Titiwangsa yang menjadi milik penuh kepada Felda D'Saji Sdn Bhd

Bagi patik, jenama D'Saji memang tidak asing lagi kerana mereka memang selalu memberikan perkhidmatan katering untuk apa jua majlis seperti majlis akikah, kenduri kahwin dan sebaginya. 

Tempoh hari patik sempat menjengah Restoran D'Saji KL Titiwangsa yang terletak di atas Tasik Titiwangsa dan hanya terletak dibelakang Istana Budaya

Restoran yang terapung diatas Tasik Titiwangsa

Hidangan Buffet Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Yang bestnya di Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini adalah pakej hidangan yang mereka sediakan disini adalah sangat berbaloi dan berkonsepkan buffet bermula dari pakej sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam selain mereka juga menyediakan makanan berkonsepkan ala-carte. 

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Makanan berkonsepkan buffet

BUFFET PAGI 
Masa: 7.30 pagi – 10.00 pagi (Sabtu & Ahad) 
Harga: RM12+(dewasa) 
Menu: Egg Counter (Omelette,Sunny Side Up), Nasi Lemak,Roti Bakar 


BUFFET TENGAH HARI
Masa: 11.30 pagi – 2.30 petang (setiap hari kecuali Jumaat)
Harga: RM 40+(dewasa)
Menu: Masakan Melayu seperti Telur Itik Masak Lemak, Ayam Kalio, Asam Pedas Ikan Tenggiri,Ayam Masak Lemak Cili Api

A’LA CARTE
Masa: 2.30 petang – 6.30 petang (setiap hari)
Menu: Beef Short Rib, Lamb Bone “Gear Box”, Fried Kway Teow With Lamb

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Bermacam jenis makanan untuk buffet sarapan, tengahari dan malam 

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Pelbagai jenis minuman yang dihidangakan

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Kuey Teow Goreng Kambing yang menjadi pilihan pengunjung

Persembahan Tarian Tradisional 

Bagi mereka yang datang ke Restoran D'Saji KL Titiwangsa untuk menikmati buffet makan malam, mereka juga akan menyediakan persembahan tarian tradisional daripada penari profesional milik Restoran D'Saji KL Titiwangsa.

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Persembahan interaktif bersama pengunjung

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Bersama Pegawai Operasi Restoran D'Saji KL Titiwangsa dan penari persemabahan

Persembahan ini akan bermula lebih kurang jam 8.00 malam setiap hari selama lebih kurang 30 minit persembahan. Memang korang akan dihidangkan dengan kepelbagaian jenis tarian yang ada di Malaysia ini. 

Pakej Majlis Di Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Selain memberikan perkhidmatan sajian makanan, di Restoran D'Saji KL Titiwangsa mereka juga menyediakan beberapa pajek untuk mengadakan majlis di restoran ini.

PAKEJ PERTUNANGAN
Harga: RM 5500 untuk 50 orang
Tempahan: minimum 50 orang

PAKEJ AKAD NIKAH
Harga: RM 6000 untuk 50 orang
Tempahan: minimum 50 orang

Fasiliti: Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas 

PAKEJ PERKAHWINAN
Harga: Bermula dari RM30/seorang
Tempahan: minimum 500 orang

Fasiliti: Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas 

PAKEJ AQIQAH
Harga: RM 5000 untuk 50 orang
Tempahan: minimum 50 orang

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Refflesia Ballroom

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Cadangan susuan buffet didalam dewan

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Susun atur bagi majlis pernikahan di Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Pendek kata memang mudahlah dekat restoran ini. Lengkap dari segi ruangannya, makanannya dan juga kelengkapan kemudahan lain disini. 

Bagi mereka yang teringin untuk mengadakan sedikit kelainan didalam majlis perkahwinanan mereka, Restoran D'Saji KL Titiwangsa turut menyediakan perkhidmatan helikopter dan juga kereta kuda. 


RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Perkhidmatan helikopter

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Perkhidmatan kereta kuda

Haaaa serba lengkapkan di Restoran D'Saji KL Titiwangsa ni?

Bagi mereka yang teringin nak datang kesini samada untuk makan atau mengadakan majlis korang boleh terus kesini.

Restoran D'Saji KL Titiwangsa 
Landmark:(Belakang Istana Budaya)

Facebook:

Website:

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA

Terima kasih kepada pihak Restoran D'Saji KL Titiwangsa kerana menerima kami dan juga memberi kerjasama sepanjang berada disini. 


Kredit gambar: www.dikbee.com& www.blogger2u.com

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

$
0
0
MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH


MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH | Tempoh hari patik telah menghadiri majlis perkahwinan rakan patik yang terletak di Parit, Perak. Bila melawat tempat orang, patik lebih suka mencari tempat yang mungkin menarik untuk patik kongsikan bersama pembaca blog patik ini. 

Untuk pengetahuan semua Perak atau lebih khususnya Ipoh adalah lokasi yang menjadi pilihan orang ramai kerana tarikan lokasi hipster yang mereka tonjolkan. Untuk kisah lokasi hipster tu nanti patik akan ceritakan. 

Sebenarnya ini lokasi ini adalah pertama kali patik menjejakkan kaki. Patik juga biasa dengan lokasi kerepek di Selangor dan lokasi muruku ini adalah pertama kali patik sampai.

Untuk kali ini patik nak berkongsi lokasi muruku sedap di Ipoh iaitu Kampung Kacang Puteh, Buntong, Ipoh Perak

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

Untuk pengetahuan korang, bila korang mai dekat sini, korang akan dikaburi dengan pelbagai pengusaha muruku yang terdiri daripada keturunan india. Memang orang berbangsa india sangat hebat didalam penghasilan muruku yang sedap.

Jangan risau kerana pengusaha ini mempunyai sijil HALAL daripada JAKIM dan kita yang beragama islam tidak perlu berasa was-was dengan muruku mereka.

2 kedai ini menjadi pilihan patik untuk membeli muruku yang dikatakan sedap oleh orang ramai. 

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

Memang pelbagai jenis muruku yang dihasilkan disini. Korang tengok dan korang pilih mana yang berkenan dihati. 

Harga yang ditawarkan disini memang sangat berpatutan. Patik pernah menempah dari kawan pati dengan ahrga RM50 dan yang patik dapat adalah sebakul pelbagai jenis muruku. Memang sangat murah sini.

Kalau korang ada yang datang disekitar Ipoh, boleh laaa datang melawat ketempat ini untuk memberi pelbagai jenis muruku untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh untuk sahabat handai dan juga keluarga.

Waze: Kampung Kacang Puteh Ipoh

Patik pasti korang akan sampai terus dihadapan deretan kedai yang menjual muruku ini. 



PENYAKIT TALASEMIA DALAM KEHIDUPAN

$
0
0

PENYAKIT TALASEMIA DALAM KEHIDUPAN | Tadi semasa sembang-sembang masa makan dengan rakan-rakan dicafe, kisah penyakit talasemia menjadi bahan bualan antara kami. Sebenarnya patik tiada informasi berkenaan hal ini. 

Nak dijadikan cerita, seorang rakan patik mempunyai latar belakang penyakit talasemia ini. Mengikut kisah beliau, mak dan ayah beliau adalah pembawa penyakit thalasemia dan 3 daripada adik beradik beliau sekarang ini menjadi pembawa penyakit talasemia.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. 

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. 

Mereka yang mengidap Talasaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk. 

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Apa yang patik boleh simpulkan bahawa penyakit talasemia ini adalah penyakit yang melibatkan darah yang boleh membawa maut. 


Mengikut pengalaman kakak yang bersembang dengan patik tadi, jangka usia bagi mereka yang membawa penyakit thalasemia ini tidak lama.

Pakar perubatan menjangka pengidap yang mengalaminya hanya boleh bertahan sehingga usia dalam 20-an. Fakta ini diakui oleh kakak tadi yang mengatakan 2 adik beliau telah menemui Ilahi pada usia bayi lagi dan 1 lagi pada usia 26 tahun. Hanya tinggal adik bongsu beliau yang mengidap talasemia ini masih sihat.

Lepas habis bersembang tu, patik pun cuba membuat sedikit pembacaan didalam mana-mana laman web dan sedikit gambaran yang patik jumpa yang mungkin boleh membantu patik dan juga orang diluar sana untuk memahami bagaimana membawaan talasemia ini.


Nasihat patik, sila buat pemeriksaan talasemia dari awal sebelum korang semua ingin meneruskan berumah tangga atau meneruskan sesuatu perhubungan.

Memang cinta itu buta. Tapi fikirkanlah apa yang anak-anak korang akan alami sekiranya tindakan awal tidak kita cegah.

Ini hanyalah sekadar rasa hati patik saja. Tiada kaitan antara mana-mana pihak yang hidup atau yang mati. Sekadar bahan bacaan ringan untuk pengetahuan semua. 

MENIKMATI AIS KEPAL DI PLAN B IPOH, PERAK

$
0
0

MENIKMATI AIS KEPAL DI PLAN B IPOH, PERAK | Tempoh hari patik dan 2 rakan blogger patik iaitu Mawardi Yunus& Pena Berkala telah mengadakan jalan-jalan singkat ke Ipoh, Perak.

Ipoh, Perak memang sinonim dengan lokasi hipster yang sangat jarang ditemui di Malaysia dan di Ipoh telah membangun menjadi sebuah lokasi hipster yang sering dikatakan oleh rakyat Malaysia.

Bila orang berkata-kata, hati patik pun teringin juga untuk sampai kesana dan akhirnya kami sampai ke Ipoh, Perak.


Ais Kepal yang dulunya memang popular, kini mungkin dilupakan kita anak moden. Terkini berlokasi di Plan B Ipoh Perak korang akan menjumpai ais kepal yang mungkin serupa seperti zaman mak ayah kita tu haaa. 


Ruangan kedai yang dipanggil BITS & BOBS ini tempat dimana ais kepal yang patik dan mungkin semua orang akan cari. Lokasinya memang betul-betul didalam Plan B tersebut. Untuk menikmatinya korang perlu membuat barisan yang boleh dikatakan panjang. 


Terdapat 4 jenis perisa ais kepal yang korang boleh pilih iaitu NISHIBOOM, JINEEBEE, NINGNONG dan juga BUSYBEE. Masing-masing mempunyai rasa mereka tersendiri. 

Cara pembuatan ais kepal ini sangat mudah. Ais akan disagat dan kemudian dikepal menjadi seperti bebola. Perisa yang korang inginkan akan disimbah diatas ais kepal dan kemudian korang boleh terus membuat nyonyotan terus kepada kepalan tersebut. 


Tadaaaa.. 3 jenis perisa yang berlainan menjadi pilihan patik dan mereka berdua iaitu NISHIBOOM, JINEEBEE dan juga BUSYBEE

Komen patik? Bagi patik konsep yang diketengahkan memang mengembalikan nostalgia zaman mak ayah kita dulu-dulu. Rasanya bila sekali tengok tu patik dapat rasakan betapa manisnya air gula yang disimbah diatas air. Sebalikknya bila patik nyonyot ais kepal tersebut, ternyata ianya seperti kita minum air biasa yang sudah kurang manisnya. 


Korang yang ingin mencuba bolehlah bercadang ke Plan B yang terlatak betul-betul di Ipoh Perak. Patik sudah merasai ais kepal ini. Korang bila lagi?

SARAPAN PAGI DI RESTORAN NEW HOLLY WOOD, IPOH PERAK

$
0
0

SARAPAN PAGI DI RESTORAN NEW HOLLY WOOD, IPOH PERAK | Patik kalau berkunjung ketempat orang, selain daripada melihat tempat-tempat menarik, patik akan mencari lokasi makanan yang menjadi pilihan masyarakt tempatan. 

Tempoh hari semasa berkunjung ke Ipoh, Perak, patik dan 2 rakan Projek Travel sempat bertanyakan rakan-rakan instagram berkenaan lokasi makan lepak-lepak yang best since kami pun sampai dekat Ipoh masih lagi waktu pagi.


Memang banyak yang berkongsi lokasi makan-makan santai yang best di Ipoh dan salah seorangnya adalah Eemirsyhafiq yang mengajak kami bersarapan pagi di Restoran New Holly Wood ini. 

Kami pun terus menggunakan khidmat waze untuk mencari lokasi "New Holly Wood Restaurant"dan akhirnya kami sampai.


Bila patik sampai jee dihadapan restoran ini, hati patik mula bertanya. Betul ke restoran ni yang dimaksudkan? Tengok pada papan tanda memang dh tertera Restoran New Holly Wood, tapi kenapa penjualnya adalah mereka yang berbangsa cina. Melihat pengunjung yang datang, memang ramai yang datang tu beragama islam sebab melihat mereka yang bertudung segala. 

Patik pun melangkah masuk dan akhirnya kawan yang kami berhubung tu memang ada didalam restoran tersebut.

Baru laaa patik tahu yang restoran ini adalah sebuah kopitiam cina yang menyediakan makanan halal secara turun temurun. Restoran ini boleh dikira sebagai legend bagi masyarakat sekeliling kerana sebuah kopitiam cina menyediakan makanan halal untuk orang ramai. 

Untuk pengetahuan semua, memang banyak makanan yang disaji disini. Konsep yang mereka amalkan adalah konsep gerai kecil didalam sebuah kedai dimana setiap gerai kecil menyediakan makanan yang berlainan. Ada yang menjual Kuey Teaw Goreng, Mee Wantan Udang, Roti Bakar Telur Goyang, pelbagai jenis cakoi, Chee Chong Fun dan bermacam makanan lagi. Minuman yang menjadi pilihan kami adalah kopi ipoh yang sangat popular di Ipoh. 

  Cakoi Manis

Roti Bakar Telor Goyang

Sebenarnya kami telah pun bersarapan pagi semasa dalam perjalanan. Makanan yang kmai cuba yang seba sedikit ini sebagai orang kata mencuba makanan unik yang orang ramai selalu cuba. 

Bagi mereka yang ingin datang dan menikmati makanan halal di restoran ini, korang boleh kealamat berikut:

RESTORAN NEW HOLLY WOOD
38, Jalan Lee Kwee Foh,
Canning Garden,
31400 Ipoh, Perak.

Waktu beroperasi:
SETIAP HARI - 7.00 pagi sehingga 4.00 petang. (TUTUP pada hari Isnin)


Patik dah melantak kat kedai ni dah. Korang bile lagi??

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

$
0
0
EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH | Program EAT TRAVEL WRITE 2.0 yang dianjurkan oleh Gaya Traveltelah masuk musim ke 2. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada blogger dan rakan media terhadap lokasi makanan setempat dan berkongsi dengan rakan maya masing-masing memalui media sosial yang mereka ada. 

Program ini sekali gus boleh membantu meningkatkan kesedaran dan juga sebagai promosi terhadap lokasi makanan disesuatu tempat. 

Untuk program EAT TRAVEL WRITE 2.0 ini, kawasan yang mereka tumpu adalah sekitar Serdang, Kajang dan juga Kuala Selangor

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Program ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang program dan sedikit gimik perasmian daripada orang kuat Gaya Travel dan juga wakit daripada Unit Perangcangan Negeri Selangor dengan upacara melambung Teh Tarik. 

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Selesai upacara perasmian dan penrangan ringkas, kami diberikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan memakai mengikut warna baju masing-masing. Haaaa nampak tak baju yang kami pakai tu haa. Sangat menyerlah warnanya. Patik sangat suka !!!

GALERI SATE KAJANG

Lokasi pertama kami adalah Galeri Sate Kajang yang terletak betul-betul di pekan Kajang. Sebenarnya patik sebagai orang yang tinggal berhampiran Kajang ini dan memang selalu makan sate Kajang, patik tidak pernah tahu akan kewujudan galeri ini. 

Di galeri ini segala kisah sejarah sate bermula termasuklah cara pembuatan dan juga bagaimana penjualan pada masa tersebut. Memang sangat berinformasi galeri ini. 

Berlokasi di betul-betul disebelah Medan Sate Kajang yang berhampiran dengan Stadium Kajang tu haaa  ini ditempatkan. 

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH
 Bahan pameran berkenaan sejarah sate di Kajang

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH
  Bahan pameran berkenaan sejarah sate di Kajang

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH
  Bahan pameran berkenaan sejarah sate di Kajang

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH
Waktu melawat untuk pengunjung

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Kemudian kami semua diperkenalkan dengan seorang pengusaha sate iaitu Pak akob yang mengajar kami cara penyediaan sate yang sedap dan patik sempat mencuba mengipas sate. Wowww memang panas yeee mengadap dapur arang ni haaa. Hanya orang yang sabar jee mampu melakukan kerja ini. Hikhikhik

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

 PERTANDINGAN MASTER CHEF

Selesai jelajahan kami, seterusnya patik dan rakan blogger & media lain meneruskan aktiviti yang dipanggil Pertandingan Master Chef. 

Tugasan yang jujur patik rasakan ini adalah pengalmaan pertama patik untuk turut serta didalam pertandingan memasak secara langsung. 

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Patik dan rakan kumpulan lain diwajibkan untuk turut serta didalam pertandingan ini. Terdapat 2 pihan tugasan samada memasak atau pun menyediakan pencuci mulut. Akhirnya patik dan seorang rakan blogger Nannie Isa dari blog www.kitepunye.com memilih untuk memasak. 

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Bagi geng yang memasak, sebanyak 2 hidangan mestilah disediakan dan salah 1 nya adalah menu kari ikan. Ikan yang disediakan adalah fillet ikan tilapia merah. Segala bahan yang diperlukan telah disediakan.

Yang menjadi masalah kami adalah mesin pengisar tidak disediakan semasa pertandingan berlangsung. Jadi korang kena fikirkan jalan penyelesaian untuk menyediakan bahan tumisan untuk memasak. Memang berpeluh jugak laaa kami sepasukan. Tapi semua ni pengalaman kan.

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Selesai sesi memasak selama 45 minit, kami semua dijuri oleh Chef hotel sebenar. Memang cuak untuk mendengar komen mereka. Dah rasa macam joint program Master Chef yang dekat Astro tu haaa. Huhuhu.

Sebenarnya banyak lagi program yang diatur sepanjang Program Eat Travel Write 2.0 ini, tetapi apakan daya, patik mempunyai sedikit masalah keluarga semasa program berlangsung dan memohon untuk menarik diri daripada turut serta didalam program ini. 

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Apa pun pengalaman yang seronok dapat patik kutip walaupun sekejap. Memang enjoy program seperti ini. Secara tidak langsung patik boleh berkongsi dengan rakan lain lokasi makan, lokasi menginap yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada rakan diluar sana untuk ketempat yang dikongsi. 

Terima kasihn kepada pihak Gaya Travel dan semua yang menjayakan progam ini. 

Kredit gambar: www.kitepunye.com, www.eazyizzuddin.com, www.emily2u.com

TAHUN KEDUA MENILAI LAPORAN PRESTASI TAHUNAN

$
0
0

TAHUN KEDUA MENILAI LAPORAN PRESTASI TAHUNAN | Alhamdulillah, masuk tahun kedua patik diberi peluang untuk menilai prestasi bagi rakan sekerja patik sepanjang tahun 2015. Bagi patik, setiap tahun, patik pasti semua orang akan menjadi dewasa dan ilmu seseorang itu pasti akan bertambah. 

Untuk tahun 2015 seramai 2 orang rakan sekerja yang banyak membantu patik menjalankan rutin harian kami sebagai pegawai makmal akan patik nilai. 

Untuk tahun ini, ini adalah tahun pertama sistem online diwujudkan bagi pegawai sokongan menggantikan sistem manual yang dalam bentuk buku laporan. 

Setiap daripada mereka akan membuat penilaian pada diri mereka sendiri dahulu sebelum mereka akan dinilai oleh pegawai yang menilai. 


Mereka berdua ni laa yang ada bersama patik membantu patik didalam melancarkan proses pengajaran dimakmal dan juga pengurusan jabatan kami. Tanpa mereka memang patik tidak mampu melakukan segalanya sendiri. 

Segala pahit jerih kami pegawai makmal, kami yang menanggung sendiri. Masalah demi masalah yang mampu dihadapi, kami akan cuba selesaikan untuk keselesaan kita bersama. 


Sebenarnya patik pun bukan insan yang sempurna untuk menilai manusia lain. Tapi patik berharap laporan yang patik sediakan ni sedikit sebanyak memberi mereka sesuatu yang boleh memberikan kebanggan diatas usaha mereka selama setahun berkhidmat sekaligus untuk masa hadapan mereka. 

Lepas ni giliran patik pula akan dinilai oleh bos patik haaa. Lumrah alam siapa yang diatas akan menilai mereka yang dibawah mereka. Itu norma kehidupan. 

KONSERT SENANDUNG PUSAKA TONJOLKAN IRAMA MUZIK ASLI

$
0
0

KONSERT SENANDUNG PUSAKA TONJOLKAN IRAMA TRADISI | Korang gemar irama muzik asli? Ni haaa patik nak khabarkan kepada seluruh rakyat jelata sekalian bahawasanya pelajar dari Fakulti Pengurusan Seni Budaya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mengadakan Konsert Senandung Pusaka 2016.

Ini sebagai pelengkap tugasan mereka untuk sesi penilaian tahun akhir mereka. Patik sebanarnya antara penggemar muzik tidak kira apa jua genre. Lebih-lebih lagi muzik tersebut disampaikan secara langsung. Memang patik sangat gemari.

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Tarikh : 23 Januari 2016 ( Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


InsyaAllah patik akan sama-sama hadir untuk menyaksikan persembahan dan sebagai tanda sokongan kepada irama muzik asli ini. 

Untuk pengetahuan semua sebanyak 20 buah lagu yang akan dipersembahkan antaranya lagu Dia Datang, Seri Mersing dan banyak lagi. Selain itu koleksi lagu yang akan disampaikan mempunyai pelbagai jenis irama seperti Inang, Dangdut, Joget, Masri, Zapin, Ghazal dan banyayk lagi.

Jadi jom bersama-sama kita hadir kerana ianya adalah PERCUMA. Lagi satu tetamu VIP mereka iaitu Y.Bhg Tun Siti Hasmah Mohd Ali dijangka akan hadir bersama-sama menonton persembahan mereka ini kerana Tun juga memang meminati irama asli ini. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan pas masuk, korang boleh terus berhubung dengan Biro Publisiti dan Media mereka di talian 0147153414 (En.Faizal) / faizalashraf96@gmail.com atau 0179912139(Cik Ain) / ainfalihin@gmail.com.

Jumpa disana !!

BELAKANG TABIR SESI LATIHAN PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

$
0
0
PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

BELAKANG TABIR SESI LATIHAN PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL | Semalam patik sempat ke Istana Budaya bagi melihat sendiri sesi latihan terakhir pelakon Teater Bikers Kental

Secara jujurnya ini adalah pertama kali dalam sejarah patik hadir melihat sendiri sesi latihan mereka dan juga pertama kali masuk ke Istana Budaya sehingga ke ruang belakang pentas.

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

Seperti kata Nasrul Asraff Nazlan, Pengarah Teater Bikers Kental, teater ini diharap dapat menjadi tarikan kepada peminat motor yang berkuasa tinggi mahu pun mat-mat motor yang ingin melihat sendiri kehidupan mereka sendiri diatas pentas Istana Budaya.

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

Selain menampilkan teraju utama seperti Zizan Razak dan juga Awie, teater ini juga menyuntik elemen muzikal dan menampilkan penyanyi dari Thailand supaya jalan cerita mereka nampak keserasian seperti didalam filem Bikers Kental

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

Selain pelakon sedia ada, penerbit teater ini menyatakan menggunakan khidmat Nadia Brian sebagai pelakon didalam teater ini kerana selain beliau adalah pelakon baru, beliau juga berbakat didalam memainkan watak didalam teater. 

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

Teater Bikers Kental ini akan mula dipersembahkan pada 23 sehingga 31 Januari 2016 di Panggung Sari, Istana Budaya

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

Tiket-tiket untuk menonton boleh dibeli melalui www.airasiaredtix.com atau datang terus ke Istana Budaya dengan harga serendah RM45 sehingga RM305.

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

Tak sabar rasanya untuk melihat sendiri pada Malam Gala Teater Bikers Kental yang akan dipentaskan pada esok hari, Jumaat 22 Januari 2016 sebelum dimula dipentaskan secara rasminya pada 23 Januari 2016.

PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL

Terima kasih atas peluang untuk melihat sendiri sesi latihan pementasan ini. Patik sangat-sangat seronok !!



BUBUR NASI BERLAUK TERBAIK MILIK DLAILA

$
0
0

BUBUR NASI BERLAUK TERBAIK MILIK DLAILA | Melangkah masuk ke MMA Santai Corner, Nilai mata korang akan tertacap warna yang sangat menyerlah iaitu warna hijau. Gerai D'laila Mee Udang dan juga D'Laila Bubur Nasi Berlauk adalah 2 gerai milik beliau. 

BUBUR NASI BERLAUK

Tempoh hari patik dan rakan daripada Projek Travel datang ke MMA Santai Corner, Nilai ni demi untuk merasai menu terbaru beliau iaitu Bubur Nasi Berlauk. Dengar khabar bubur disini lain dari yang lain. Jadi patik datang untuk merasai sendiri menu bubur nasi berlauk tersebut.

BUBUR NASI BERLAUK

Nampak tak bermacam-macam jenis lauk yang disediakan untuk dimakan dengan bubur nasi yang direneh enak bersama sup herba ala-ala sup cina. Patik bagai nak pengsan tengan bercama jenis lauk ni. Tak tahu mana yang nak dipilih. 

BUBUR NASI BERLAUK
 Bubur Ayam Organik

BUBUR NASI BERLAUK
Bubur Seafood

Selain bubur nasi berlauk, disini juga terdapat bubur yang istimewa seperti Bubur Haruan Herba, Bubur Ayam Organik dan juga Bubur Seafood

BUBUR NASI BERLAUK
Bubur nasi yang sedia dihidangkan bersama lauk atau ayam organik atau haruan herba atau seafood

Untuk hidangan Bubur Haruan herba, bubur nasi akan dimasak bersama ikan haruan dengan menggunakan sup herba ala cina sehingga mesra bahan tersebut. 

Begitu juga dengan Bubur Ayam Organik dan juga Bubur Seafood dimana bubur nasi akan dimasak bersama ayam dan juga seafood. Memang terbaik !!

BUBUR NASI BERLAUK

Ini adalah menu yang sempat kami sambar untuk kami makan bersama bubur nasi panas. Yang paling penting kalau nak makan bubur nasi, telur masin tu adalah wajib dan menu berasakan ikan bilis juga antara yang mesti dimakan bersama bubur nasi.

BUBUR NASI BERLAUK

Terima kasih kepada pemilik D'Laila Bubur Nasi, Kak Laila sebab melayan kami sangat-sangat best. Kak Laila ni kalau kita mai makan kat sini, beliau akan bersembang sambil kita menikmati makanan. 

Bagi korang yang ingin menikmati bubur nasi panas disini, korang boleh menggunakan perkhidmatan waze untuk kesana.

D'Laila Bubur Nasi Berlauk
MMA Santai Corner,
Putra Point,
71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan.

Waze:
MMA Santai Corner Nilai

Facebook:

LOKASI MAJLIS DI KAJANG MILIK FELDA DISAJI KAJANG PERDANA AVENUE

$
0
0
FELDA DISAJI

LOKASI PERKAHWINAN DI KAJANG MILIK FELDA DISAJI | Lokasi perkahwinan yang mudah dicari dan juga keadaan fasiliti sesebuah tempat memainkan peranan didalam sesebuah majlis perkahwinan. Anda mencari lokasi perkahwinan di sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Semenyih?

Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue yang berlokasi di Taman Kajang Perdana, Kajang adalah sebuah lokasi yang patik cadangkan untuk mereka yang sedang mencari lokasi untuk mengadakan apa jua majlis termasuklah majlis perkahwinan. 

Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger lain telah dijemput untuk melihat sendiri keadaan sebenar lokasi ini. 

MENARIK TENTANG FELDA D'SAJI KAJANG PERDANA AVENUE

Untuk makluman semua, di Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue ini, disini menyediakan ruangan yang sangat selesa dimana ruangan yang disediakan etrbahagi kepada 2 ruangan iaitu yang berhawa dingin dan juga yang ruangan terbuka. Selain majlis perkahwinan, majlis lain seperti akikah, majlis bertunangan, seminar, hari keluarga, akad nikah boleh diadakan disini. 

FELDA DISAJI
 Ruangan berhawa dingin

FELDA DISAJI
 Ruangan terbuka berkipas besar.

FELDA DISAJI

Selain ruangan tetamu yang sangat selesa dan juga kemudahan surau dan tandas yang bersih, pengunjung juga tidak perlu risau kerana ruangan kenderaan yang sangat banyak disekeliling bangunan Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue memudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan masing-masing. 

MAJLSI PERASMIAN FELDA D'SAJI KAJANG PERDANA AVENUE

FELDA DISAJI

Untuk pengetahuan semua, Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue adalah cawangan yang ke 11 disekiar lembah klang dimana bangunan ini boleh memuatkan seramai 700 orang untuk sesebuah majlis berlangsung dimana 250 orang untuk diruangan berhawa dingin dan juga 250 orang diruangan terbuka kiri dan kanan bangunan. 

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

Majlis perasmian ini telah selamat dirasmikan oleh Pengerusi Felda sendiri iaitu YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj. Mohd Isa Abdul Samad. Patik antara salah seorang yang hadir didalam upacara perasmian bangunan Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue.

Bila bercakap D'Saji, patik rasa rata-rata sudah biasa mendengar perkhidmatan katering yang mereka berikan. Makanan yang mereka berikan memang cukup sedap. Jadi tidak hairanlah jenama D'Saji ini memang tidak dapat didangkal lagi. 

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI


FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

Boleh dikatakan makanan yang disajikan oleh pihak D'Saji tidak pernah mengecewakan. Dengan rasa, persembahan makanan dan juga servis yang staf mereka berikan memang terbaik. 

FELDA DISAJI
 Cendol Songkok Tinggi

FELDA DISAJI
Apam Balik Seri Menanti

Selain makanan yang patik ceritakan tadi, pihak D'Saji juga menyediakan menu tambahan bagi mereka yang ingin sesuatu kelaian didalam hidangan mereka. Menu Cendol Songkok Tinggi dan jga Apam Balik Seri Menanti ini adalah 2 menu yang menjadi pilihan orang ramai.
FELDA DISAJI

Cendol Songkok Tinggi

Patik sendiri sudah merasai 2 menu ini. Rasa macam nak bungkus bawa balik cendol dan juga apam balik ini sebab rasanya yang memang berlaian dengan yang sedia ada dipasaran. 

PAKEJ PERKAHWINAN DI FELDA D'SAJI KAJANG PERDANA AVENUE

Bagi mereka yang berada disekitar Kajang yang ingin mencari lokasi perkahwinan, patik mencadangkan korang untuk cuba perkhidmatan disini dengan harga serendah RM28.00 sekepala termasuklah makanan, pelamin, PA sistem, perkhidmatan RELA untuk menjaga lalu lintas.

Boleh dikatakan korang boleh gunakan kesemua yang ada disini.

Untuk mereka yang ingin keterangan lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue
Taman Kajang Perdana
Kajang
Selangor

Telefon:
03-88811311
03-26988302
013-3680453 ( En. Syaiful)
019-2956232 (Cik. Nurul Nadia)

Facebook:

Instagram:

FELDA DISAJI

Terima kasih kepada pihak pengurusan Felda D'Saji atas jemputan team Projek Travel dan rakan blogger lain ke majlis perasmian ini dan sesi pengenalan kepada Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue.

KONSERT SENANDUNG PUSAKA KEMBALIKAN NOSTALGIA IRAMA MUZIK MELAYU ASLI

$
0
0
KONSERT SENANDUNG PUSAKA

KONSERT SENANDUNG PUSAKA 2016 KEMBALIKAN NOSTALGIA IRAMA MUZIK MELAYU ASLI | Bila sebut lagu-lagu irama melayu asli berapa ramai diantara kita yang mengetahui jenis muzik dan lagu-lagu irama muzik melayu asli? Mana pergi lagu seperti joget, inang, zapin dan pelbagai jenis lagu tradisi melayu?

KONSERT SENANDUNG PUSAKA
 Edie Nazrin Hamzah

KONSERT SENANDUNG PUSAKA
 Jamilah Abu Bakar

KONSERT SENANDUNG PUSAKA
Azizul Haqim Md Anuwar

Bagi pandangan patik, banyak lagu irama melayu asli tidak lagi diperdengarkan kepada umum dan lagu-lagu ini akan kedengaran sekiranya menonton cerita lama atau apabila ada majlsi-majlis yang berkonsep tradisional. 

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Bagi mengembalikan nostalgia irama muzik melayu asli ini, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan Malaysia (ASWARA) melalui Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera (JKNN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif dengan mengadakan ‘Konsert Senandung Pusaka’  yang bertempat di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini.

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Patik dan rakan blogger daripada team Projek Travel telah dijemput untuk menyaksikan persembahan mereka yang menampilkan 3 orang anak muda yang sangat berbakat iaitu Azizul Haqim Md Anuwar (Johan Bintang Asli Remaja 2008) yang turut berpadu suara dengan penyanyi jemputan iaitu Edie Nazrin Hamzah (Johan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006) dan penerima Anugerah Artis Berbakat Muda 2013, Jamilah Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai 'Puteri Keroncong'.

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Konsert yang berdurasi 2 jam ini telah menghimpunkan sebanyak 20 buah lagu yang terdiri daripada pelbagai jenis genre seperto zapin, ghazal, inang, masri joget dan banyak lagu. 

Lagu seperti Dia Datang, Seri Mersing, Anak Dagang Joget Batu Pahat adalah menjadi kesukaan patik kerana lagu seperti ini pernah patik dengar sebelum ini. 

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Tetamu istimewa iaitu Tun Siti Hasmah Haji Ali telah sudi untuk hadir sebagai tetamu bagi menonton kemeriahan Konsert Senandung Pusaka ini. 

Apa yang patik lihat sepanjang konsert, Tun Siti Hasmah sangat seronok melayan lagu-lagu irama melayu asli ini. 

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Secara keseluruhannya, konsert ini sangat bagus dan sepatutunya dibuka kepada umum dengan skala yang lebih besar. Bakat seperti 3 anak muda ini bagi patik sangat-sangat diperlukan bagi memelihara irama muzik melayu asli agar tidak hilang dek zaman.

Apa pun patik sangat seronok sepanjang menonton persembahan ini dan terima kasih diatas jemputan dan sekalung tahniah kepada pihak ASWARA dan jugak JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diatas penganjuran Konsert Senandung Pusaka ini. 

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

$
0
0
JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA | Radio online yang dimiliki penuh oleh Dato' AC Mizal iaitu Peaceyall.FM akan membuat jelajah karnival besar-besaran sebagai tujuan memperkenalkan dan meraikan peminat-peminat stesen radio tersebut di seluruh Malaysia dan Dataran Ayer Keroh, Melaka menjadi lokasi pertama mereka yang akan bermula 2 - 3 April 2016.

Karnival Peaceyall ini akan memperlihatkan kelainan berbanding karnival lain yang mana ia berkonsep rekreasi santai dan riadah khususnya untuk seisi keluarga berkumpul dan bergembira bersama-sama.

Dengarnya lebih daripada 150 usahawan-usahawan yang juga akan terdiri dari artis dan selebriti akan bersama-sama memeriahkan karnival ini dengan jualan produk terkini dengan harga yang sangat berpatutan. Haaa gile tak meriah kan?

Untuk pengetahuan semua, jelajah ini melibatkan kerjasama bersama OMGFest Ventures. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, permainan kanak-kanak, persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan semestinya dari Dato AC Mizal sendiri.

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

Yang bestnya, karnival 2 hari ini adalah pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM

KOMIK SKOOLASTIK AIR TANGAN KARTUNIS UBI 

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

KOMIK SKOOLASTIK AIR TANGAN KARTUNIS UBI | Bagi korang yang begitu sinonim dengan majalah Ujang sudah pasti mengenali kartunis Ubi yang popular dengan "budaj Hostel", "Aku, Dia & Wolkswagen" dan kembali menyengat dengan buah tangan terbaru diberi nama "Skoolastik".

Dengan buah tangan terbaru yang sedikit berbeza daripada Ubi ini dapatlah menaikkan kenangan kita bersama kartunis Ubi ini.

“Skoolastik” yang menceritakan kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini. 

Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun ini untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang. Hebat bukan masa yang diambil untuk menghasilkan komik ini. 

Komik ini sudah boleh didapatkan disemua kedai buku seluruh Malaysia ataupun dengan melayari www.kedai.kartunisuni.com dengan harga RM19.90 sahaja. Tahniah Kartunis Ubi !

CARA BARU BERINTERAKSI DENGAN DATO AC DENGAN APLIKASI "DAC PEACEYALL"

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

CARA BARU BERINTERAKSI DENGAN DATO AC DENGAN APLIKASI "DAC PEACEYALL" | Dato AC Mizal kembali dengan idea baru untuk berinteraksi bersama beliau. Aplikasi yang diberi nama "DAC PEACEYALL" adalah sebuah aplikasi permainan yang diilhamkan oleh beliau untuk semua peminatnya. 

Aplikasi yang berkonsepkan trendy dan catchy ini sangat bersesuaian dengan imej Dato AC yang memang begitu segar dengan imej yang menarik pandangan. 

Disamping itu, dengan aplikasi permainan ini, korang juga berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC disamping menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa. Haaaa seronok kan?

Dengan aplikasi permainan ini juga, korang boleh mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato AC Mizal yang tengah hangat di pasaran sekarang. Jadi anda tidak perlu risau atau rasa was-was untuk mendapatkan produk beliau ini. 

Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini. Jika anda sudah penat bermain aplikasi permainan “DAC Peaceyall” ini, dengan platfom ini juga membolehkan anda mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini. 

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

“DAC Peaceyall” ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store bermula hari ini. Jom muat turun sekarang !!!

PERSEDIAAN SEMINAR ANTARABANGSA KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN ICEOH 2016

$
0
0
 ICEOH 2016

PERSEDIAAN SEMINAR ANTARABANGSA KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN ICEOH 2016 | Untuk pengetahuan semua jabatan patik tempat patik bekerja akan mengadakan seminar antarabangsa kesihatan persekitaran dan pekerjaan 2016 atau lebih dikenali sebagai ICEOH 2016 (International Conference on Occupational Safety and Health 2016).

 ICEOH 2016

Seminar ini yang akan berlangsung dari 11-13 April 2016 akan menerima kehadiran deligasi seluruh dunia dan tidak lupa deligasi tempatan.

Pelbagai persediaan yang giat patik dan kumpulan patik lakukan demi 3 hari seminar tersebut. Kiranya sekarang ni memang sedikit sibuk berkira-kira menghadapi masa yang akan datang. 

 ICEOH 2016

Yang bestnya, seminar ini juga akan kami terbitkan laporan ringkas mengenai jabatan patik bekerja beserta profile setiap kakitangan dijabatan patik.

 ICEOH 2016

Ini adalah aksi fotoshoot yang kami lakukan untuk penerbitan tersebut. Semoga kelahiran penerbitan yang ringkas dari kami ini akan membantu sedikit sebanyak bukan untuk warga UPM tetapi membantu warga masyarakat juga.

 ICEOH 2016

Insan yang berlatarbelakang bidang Kimia kini beralih kepada bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaaan. Tapi patik sangat suka dengan apa yang patik lakukan kini. Bidang baru dan banyak yang patik belajar walaupun bukan dalam bidang patik secara langsung. 

Viewing all 496 articles
Browse latest View live