BERBUKA PUASA SECARA BUFFET DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG | Minggu depan Bulan Ramadan akan menjelma. Patik yakin korang sudah merancang pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Ramadan akan datang termasuklah dimana lokasi yang menarik untuk berbuka puasa.
Untuk menjawab persoalan korang tu kan, patik nak kongiskan lokasi untuk berbuka puasa yang mungkin korang boleh jadikan sebagai antara lokasi pilihan korang untuk berbuka puasa nanti. Lugar De La Boda merupakan sebuah lokasi untuk membuat majlis tidak kira majlis perkahwinan atau apa jua majlis dan sempena Bulan Ramadan ini, mereka menjadikan ruang ini sebagai lokasi berbuka puasa.
Lugar De La Boda ini merupakan cawangan kedua bagi Ambassador Putrajaya milik Hanana Group Sdn Bhd. Kedua-dua lokasi ini patik dah pernah sampai dan semestinya menu yang mereka bawakan memang terbaik. Sedap dan menyelerakan.
Tempoh hari patik telah berpeluang untuk datang kesini untuk melihat sendiri bagaimana kemeriahan sambutan mereka untuk menanti kedatangan Bulan Ramadan 2019 nanti. Seperti biasa, lokasi ini menyediakan pelbagai jenis menu termasuklah makanan panas dan juga sejuk.
Korang sebut jee nak makan ape? Semuanya insyaAllah terhidang di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong ini. Masakan secara langsung seperti Char Kuew Tiaw, Kambing Bakar dan juga menu daripada jepun menjadi tumpuan pengunjung untuk menikmatinya.
Dibahagian luar dewan, korang akan disajikan selain menu yang dimasak secara live, korang juga boleh menikmati hidangan yang korang boleh tengok dibawah ini. Semuanya juga dimasaks ecara langsung.
Bila menjengah bahagian dalam dewan, korang akan tertacap dengan susunan menu makanan lauk-pauk masakan melayu yang boleh korang cuba. Menu yang menjadi perhatian patik adalah seperti dibawah ni haaa. Kalau ade open day Lugar De La Boda, menu ini akan patik terjah dulu yeee. Hehehe
Masak lemak ikan masin, Sotong masak sambal, daging kari dan ayam goreng adalah antara menu kegemaran patik setiap kalau datang ke Lugar De La Boda.
Lepas dah kenyang makan makanan yang disajikan, korang juga boleh menyejukkan keadaan dengan menu seperti ABC dan juga ais krim yang juga dihidangkan sepanjang bulan puasa 2019 nanti.
HARGA BUFFET RAMADAN 2019 LUGAR DE LA BODA, PUCHONG
Bagi korang yang ingin mencuba menu di Lugar De La Boda ini, ni mereka sedang memberikan harga istimewa yeeee. Rugi kalau korang tidak rebut peluang ini. Dah laa menu mereka sedap=sedap belaka dan memang korang sangat berpuas hati.
Harga Early Bird
Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM30.00
Harga Walk-in
Dewasa : RM68.00
Kanak-kanak : RM38.00
Special Price
RM580
1x meja (10 pax)
Alamat Lugar De La Boda:
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor
Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya