STESEN MINYAK PETRON HARGAI PENGGUNA | Stesen minyak Petron telah menjadi stesen utk patik mengisi minyak sejak dua menjak ini. Pada mulanya patik terjebak untuk terus setia dengan stesen minyak Petron ini adalah atas cadangan adik patik yang mengatakan memang jimat dengan minyak di Petron.
Memang tidak disangkalkan lagi, penjimatan dengan penggunaan minyak Petron memang terasa dan sehingga kini patik setia dengan minyak Petron.
Nak dijadikan kisah, patik ada menyinggah stesen minyak Petron untuk berjalan jauh dan tak sangka pelbagai 'sagu hati' yang pati terima. Pendek kata Petron sedang mengadakan promosi penghargaan kepada pengguna Petron dengan memberi hadiah kepada pengguna mereka.
Seperti patik yang ingin berjalan jauh, patik mengisi minyak pada harga RM50 dan kemudian mereka memberikan patik sekeping sampul kecil yang berisi hadiah rahsia. Alaaaa patik bukan beriya sangat. Sekadar suka-suka jeee menerima hadiah tersebut.
Selain pengisian RM50 dan keatas untuk minyak, mereka juga menawarkan kepada pengguna sekeping buku kecil dimana korang boleh mengumpul seberapa banyak 'pelekat' untuk ditampalkan didalam buku kecil tersebut dan korang boleh menebus hadiah yang tertera.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah tiket taman tema, vaoucher makanan segera dan juga tiket menonton wayang. Haaaa tak ke itu berbaloi.
Sambil korang mengisi minyak, korang boleh mula mengumpul pelekat dan boleh terus menebus segala jenis hadiah yang ditawarkan didalam buku kecil tersebut.
Jadi apa tunggu lagi. Segera ke stesen minyak Petron dan dapatkan segala hadiah yang ditawarkan sempena Petron hargai pengguna.