LARANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR DI MEDIA SOSIAL TAKUT TERKENA PENYAKIT AIN | Ibu bapa mana yangtidak seronok bila melihay sendiri anak kencilnya telah lahir kedunia. Bila dah lahir, ibu bapa ini pasti tidak sabar untuk upload gambar bayi baru lahir mereka di laman sosial samada Facebook, Instagram atau Twitter. Itu yang terjadi kepada patik tatkala patik ingin kongsikan keseronokkan melihat bayi kecil ini membesar bersama rakan-rakan dimedia sosial.
Patik telah ditegur oleh seorang rakan patik yang mengatakan tidak manis untuk kita upload gambar bayi kita di media sosial. Adakah ianya baik atau buruk untuk upload atau kongsikan gambar anak baru lahir ini? Adakah terdapat larangan upload gambar bayi baru lahir? Apakah hukumnya? Boleh atau tidak boleh?
TREND ORANG KITA HARI INI
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Orang kita hari ini sudah menjadi kelaziman apa sahaja perkara atau perkembangan terbaru, semuanya kena dikongsikan dengan masyarakat maya di media sosial. Masyarakat di media sosial pun seakan-akan dahagakan berita-berita terkini tentang apa yang terjadi atau apa perkembangan sesorang. Kiranya busy body juga, semua benda pun nak tahu. Hehehe.
Bayi yang berumur di bawah 40 hari berdepan dengan dua jenis gangguan iaitu gangguan fizikal dan gangguan rohani. Gangguan rohani lah yang kita patut lebih berhati-hati iaitu terdiri daripada Ain (sihir tanpa jin) dan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).
Apabila kita share gambar anak yang baru lahir (0-40hari) ke laman sosial, dikhuatiri mereka ini akan terkesan dengan Al-Ain tadi, iaitu sihir tanpa jin atau mata jahat.
APA ITU PENYAKIT AIN
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.” Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (Hadith riwayat Muslim)
Dari Aisyah RA., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari Ain (mata jahat) kerana sesungguhnya Ain itu haq (benar)”(Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata. Ia disertai dengan rasa takjub atau kagum tetapi juga datang dengan perasaan iri hati dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis Ain, iaitu Ain Insi (berunsur manusia) dan Ain Jinni (berunsur jin).
RINGKASAN PENERANGAN PENYAKIT AIN
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut dan serba ringkas, patik berikan suatu contoh. Seseorang mungkin melihat gambar bayi baru lahir yang korang muat naik di laman sosial. Kemudian orang ramai akan like dan komen “Wah comelnya anak kau!” atau “Tahniah!”. Itu yang elok, tidak mengapa.
Namun, ada segelintir orang pula mungkin mempunyai perasaan atau niat yang tak berapa elok dan kemudian mendoakan perkara yang tak baik kepada anak korang. Walaupun hanya melalui gambar yang dilihat menerusi skrin komputer mahu pun telefon pintar, ia ditakuti akan tergolong pula di dalam Ain Insi, iaitu Ain yang datang daripada manusia.
Oleh itu apa yang boleh patik simpulkan, korang termasuklah patik sekrang ini mempunyai dua pilihan, samada untuk merawatnya apabila Ain ini dari terus berlaku atau mencegahnya daripada berlaku. Kalau ikut pepatah, “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Jadi patik nasihatkan diri patik dan juga korang yang membaca perkongsian patik ini agak berjaga-jagalah. Benda boleh dikawal buat apa nak menyusahkan diri nanti.