![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Ada orang bertanya dekat patik tentang persediaan untuk menerima cahaya mata baru. Persiapan patik dari segi mental, fizikal, poket dan sebagainya. Siapa tidak runsing untuk menerima benda baru. Tapi patik yakin, Allah itu pemberi rezeki. Pasti ada kebaikan selepas dia berikan kita sesuatu bukan?
![]() |
Antenatal Class Hospital Pakar An-Nur |
Untuk entri kali ini patik ingin kongsikan dengan korang PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA IBU BAPA? Sebagai benda baru, patik boleh katakan ianya PERLU / WAJIB supaya kita bersedia dengan apa jua keadaan yang bakal kita hadapai. Semoga perkongsian ini akan menjadi panduan kepada korang yang membaca penulisan patik ini.
![]() |
Antenatal Class |
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan hospital swasta di Malaysia yang patik tahu mengadakan Antenatal Class ini. Bagi yang akan melahirkan bayi di hospital swasta biasanya mereka terdedah dengan informasi seperti ini. Tetapi bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan, kelas seperti ini boleh korang sertai dengan mana-mana hospital swasta dengan kadar bayaran tertentu.
Bagi Antenatal Class yang diadakan oleh Hospital Pakar An-Nur, mereka mengenakan bayaran sebanyak RM150 untuk sepasang. Dengan harga ini, korang akan mempelajari banyak benda dan juga makan minum juga disediakan. Agak berpatutan bagi patik dengan harga yang dikenakan bagi sepasang keluarga.
![]() |
Jadual Antenatal Class |
Jadi sepanjang sehari, apa yang korang perhatikan pada jadual ini yang patik dan Che De Vini lakukan. Sebuah program yang sangat mencakupi keseluruhan sebagai persediaan kami untuk menjadi ayah dan ibu kepada cahaya mata yang baru nanti.
![]() |
Antenatal Class |
Dalam banyak-banyak slot didalam jadual ni, patik suka dengan slot Kelahiran Dalam Islam, Husband's Role & Post Natal Care, Care of Newborn dan juga aktiviti Latihan Senaman Lantai. Program yang bukan sahaja mengajar, tetapi kami kaum lelaki juga berpeluang untuk lebih mengetahui keadaan pasangan kita bagaimana dan apa yang dilakukan oleh mereka.
Apa pun terima kasih kepada An-Nur Specialist Hospital atas penganjuran program Antenatal Class yang sangat bagus seperti ini. Bagi pandangan patik, korang diluar sana yang mungkin rasa dahagakan ilmu seperti ini, patik cadangkan korang mendaftarkan diri untuk program Antenatal Class di An-Nur Specialist Hospital. Sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah:
Hospital Pakar An-Nur
Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Telefon:
03-8923 5500