MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA RELIEF (MVM RELIEF) TERUSKAN MISI BANTUAN RAMADAN : “SYRIA, KAMI DATANG 3.0” | Bulan Ramadan 2019 datang lagi. Bersempena Bulan Ramadan ni. Muslim Volunteer Relief (MVM Relief) tidak pernah henti memberikan bantuan kepada masyarakat didalam dan diluar negara. Untuk kali ini mereka meneruskan Misi Bantuan Ramadan: "Syria, Kami Datang 3.0"untuk menghantar bantuan musim sejuk kesana.
APA ITU MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA RELIEF(MVM RELIEF)
Untuk pengetahuan korang, MVM Relief (Muslim Volunteer Relief) merupakan sebuah program bantuan kecemasan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan juga luar negara. Ia merangkumi negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.
Sebenarnya MVM Relief telah banyak berikan bantuan didalam Malaysia antaranya:
- Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
- Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang (2014 dan 2017)
- Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
- Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)
Selain bantuan didalam Malaysia, MVM Relief juga menjalankan misi bantuan di luar negara, antaranya:
- Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan (2017)
- Unity Convoy Ambulance For Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria,Greece (2017)
- Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
- Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
- Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
- Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
- Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang (2017-2018)
- Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere (2018)
Untuk pengetahuan korang, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria pada tahun 2016 bagi kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya pelarian Syria yang berada dikem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.
Jadi pada tahun 2019 ini telah masuk tahun ketiga MVM menjalankan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta.
KENAPA PERLU MENGHANTAR MISI BANTUAN KE LUAR NEGARA
Mesti korang tertanya kenapa perlu mengahantar misi bantuan ke luar negara kan? Untuk makluman korang MVM berasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar negara terutamanya negara Islam.
Dengan sebab itu, MVM memikul amanah rakyat Malaysia untuk menyalurkan sumbangan dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang jauh lebih susah dan menderita di luar negara. Itu sebab MVM berusaha meneruskan misi bantuan ke luar negara.
MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0
Untuk edisi Bulan Ramadan 2019, bermakna telah masuk tahun ketiga MVM menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria. Antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah seperti berikut :
- Pek Iftar dan Sahur
- Pek Makanan (barangan asas dapur)
- Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.
Dengan dana sasaran bantuan keseluruhan sebanyak RM500,000, dianggarkan seramai 20,000 orang pelarian Syria akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini. Antara lokasi bantuan adalah seperti berikut :
- Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
- Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
- Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo
Pada tahun ini, MVM bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan: "Syria, Kami Datang 3.0". Keseluruhan petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019.
KENAPA SYRIA MENJADI LOKASI BANTUAN RAMADAN
Syria menjadi lokasi misi bantuan ini kerana sejak 8 tahun lalu masih tiada tanda-tanda pergolakkan dan peperangan ini akan berakhir. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan diperlukan dari semasa ke semasa terutamanya di kem-kem pelarian.
Terkini, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian disempadan Turki dan Syria. Bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa.
Agak menyedihkan apabila rakyat Syria ini kehilangan pengenalan diri akibat daripada peperangan ini menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.
Atas keprihatinan ini, MVM turut mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia.
BAGAIMANA UNTUK MENGHULURKAN SUMBANGAN KE MISI BANTUAN RAMADAN: "SYRIA, KAMI DATANG 3.0"
Bagi korang yang ingin memberikan sumbangan, MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.
Maklumat bantuan :
1 tajaan umum : RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu.
Jenis Bantuan :
- Pek Iftar dan Sahur
- Pek Makanan (barangan asas dapur)
- Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.
Atau hulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
- Maybank (56480 164 7699)
- CIMB Islamik (8602 5378 07)Bank Islam (1230 0010 0030 65)
- Affin Bank (1060 2003 8503)
- Email: account@mvm.org.my
Bagi korang yang sudi untuk menghulurkan sumbangan yang berjumlah RM1000 keatas, MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai untuk korang yang menyumbang.
Sekiranya korang ada persoalan atau pertanyaan korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:
Telefon:
012 235 6854