EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD BERI KEMUDAHAN KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI DAN UMRAH | Bila bercakap berkenaan umrah dan haji ini, patik pernah terbayangkan bagaimana indahnya kalau dapat menunaikan samada ibadah umrah atau haji bersama isteri patik nanti. Patik yakin korang semua mempunyai impian yang sama bukan? Orang kata jadi laaa walaupun hanya sekali seumur hidup.
Kesinambungan dari itu, patik telah berpeluang untuk mengenali satu jenama agen yang mengendalikan aktiviti haji dan umrah iaitu Emraz Travel & Tour Sdn Bhd. Pada mulanya patik rasakan agen perlancongan ini adalah sebuah jenama agen yang sama seperti yang ada dipasaran. Tetapi bila mengenali mereka, patik mula mempercayai mereka adalah sebuah jenama agen perlancongan yang boleh dipercayai.
PELANCARAN BOOKLET EMRAZ TRAVEL & TOUR SDN BHD
Apa yang membezakan Emraz Travel & Tours Sdn Bhd dengan agen perlancongan lain adalah terletak pada BOOKLET yang baru dilancarkan tempoh hari. Sebuah booklet yang bagi patik mewakili sebuah jenama yang boleh dipercayai.
Menariknya tentang booklet daripada Emras Travel & Tours Sdn Bhd adalah terletak pada oengisian yang sangat lengkap dimana, apabila korang melihat didalamnya, korang sudah boleh dapat bayangan keseluruhan tentang jenama ini termasuklah:
- Pengurusan Tertinggi Emraz
- Apa itu Umrah?
- Ayat Al-Quran mengenai Umrah
- Sejarah Mekah dan Madinah
- Data dan Statistik Umrah di Malaysia
- Siapa yag layak untuk ke umrah
- Flow pergerakan umrah
- Siapa Emraz Travel
- Mengapa memilih Emraz Travel
- dan banyak lagi
KEISTIMEWAAN LAIN EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
Selain merasmikan booklet, kami juga telah diperkenalkan dengan keistimewaan lain sekiranya korang membuat umrah atau haji dengan Emraz Travel & Tours Sdn Bhd termasuklah memperkenalkan alat pendengaran yang bagi patik sangat-sangat berguna apabila korang sedang didalam umrah atau haji.
Untuk pengetahuan korang, pihak Emraz Travel & Tours Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menggunakan pendekatan terbaru ini bagi memudahkan perhubungan antara jemaah dan mutawif yang menemani mereka sepanjang mereka membuat umrah atau haji.
Alat pendengaran ini akan diberikan kepada setiap jemaah untuk dipakai sepanjang berada dengan mutawif mereka. Dengan alatan ini, segala ucapan daripada mutawif dapat didengari dengan lebih jelas termasuklah doa-doa yang hendak dibaca atau pun arahan yang diberikan kepada jemaah untuk mengelakkan jemaah tercicir jauh daripada kumpulan jemaah lain. Memang sangat berguna bagi patik alat pendengaran seperti ini sepanjang mengerjakan umrah atau haji.
Selain itu, pihak Emraz Travel & Tours Sdn Bhd telah bekerjasama dengan sebuah jenama telekung yang sangat popular di Terengganu iaitu I-Manis Hijab bagi menghasilkan telekung yang menjadi pengenalan kepada jenama Emraz Travel & Tours Sdn Bhd itu sendiri. Bagi korang yang akan mengerjakan umrah atau haji, korang akan diberikan set telekung secara percuma termasuk dengan harga pakej yang diberikan oleh pihak Emraz sendiri.
Secara keseluruhan patik rasakan jenama Emraz Travel & Tours Sdn Bhd ini adalah sebuah jenama agen perlancongan yang sangat berbaloi dan sangat puas hati laaa sekiranya korang mengambil pakej dengan mereka.
Bagi korang yang ingin mengetahui lebih lanjur berkenaan jenama ini, korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut:
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
Ayer@8, Block D,
Lot D-1-5, Jalan P8G, Presint 8,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya