APLIKASI NGO NEGARAKU PERKENAL PROGRAM BUY & SAVE, CSR DAN SMART PARTNERSHIP KEPADA SEMUA AHLI NGO | Inisiatif badan bukan kerajaan (Non Government Organization) bagi pembangunan dan penambahbaikan isi negara sangat diperlukan lebih-lebih lagi apabila menyebut dalam membantu kehidupan masyarakat secara langsung.
![]() |
APLIKASI NGO NEGARAKU |
Terbaru , aplikasi yang dipanggil aplikasi NGO Negaraku telah diwujudkan. Ini adalah suatu inisiatif NGO dengan kerjasama pihak Swasta yang berurusan sebagai Syarikat Social Enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara badan-badan bukan Kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan yang wujud di Malaysia.
Apa yang boleh patik katakan dengan aplikasi NGO Negaraku ini, semua badan bukan kerajaan digabungkan dibawah satu platform iaitu NGO Negaraku ini.
![]() |
APLIKASI NGO NEGARAKU |
Menerusi penggabungan ini, ianya dilakukan secara tertutup dikalangan ahli-ahli NGO yang berdaftar bersama aplikasi NGO Negaraku. Ini bermakna, semua badan NGO yang berdaftar dibawah aplikasi ini boleh berhubung diantara satu sama lain samada berkongsi berita atau apa jua perniagaan yang dijalankan oleh ahli NGO itu sendiri.
Aplikasi NGO Negaraku ditawarkan secara percuma kepada semua ahli NGO yang berdaftar bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.
PROGRAM BUY & SAVE, CSR DAN SMART PARTNERSHIP
![]() |
APLIKASI NGO NEGARAKU |
Menerusi aplikasi NGO Negaraku ini, sebuah program yang dikenali sebagai Buy & Save, SCR dan Smart Partnership turut diperkenalkan. Program Buy & Save, CSR dan Smart Partnership ini adalah inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan pada harga yang lebih jimat.
![]() |
APLIKASI NGO NEGARAKU |
Program ini sedang dalam usaha mengumpul penyertaan daripada syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar. Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi untuk program CSR.
![]() |
APLIKASI NGO NEGARAKU |
Melalui kaedah ini pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platfom ini secara berterusan. Untuk manafaat berganda, maka lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada pelajar melalui sumbangan CSR. Sumbangan CSR ini akan memastikan pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat.
RUMUSAN MENGENAI PROGRAM BUY & SAVE, CSR DAN SMART PARTNERSHIP
![]() |
APLIKASI NGO NEGARAKU |
Apa yang boleh patik rumuskan menerusi program ini adalah, aplikasi NGO Negaraku adalah sebuah aplikasi TERTUTUP dimana pemainnya adalah dikalangan ahli-ahli NGO itu sendiri yang dapat membantu dan memastikan NGO dan ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini.
Menerusi penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC, diharap program yang digerakkan oleh aplikasi NGO Negaraku ini memberi suatu kejayaan dan akhirnya dapat membantu banyak pihak terutamanya pelajar. Selain itu, pulangan dan perkongsian dari belian pukal akan memastikan pembeli dapat berjimat dan Program CSR diperluaskan.
Semoga usaha murni ahli-ahli NGO yang turut sama didalam menjayakan aplikasi NGO Negarku ini mencapai satu tahap yang dibanggakan seterusnya boleh menyumbang lebih demi pembangunan dan kesenangan rakyat Malaysia.