Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 496

SIAPA SANGKA PERADUAN YE0’S RAYA BERGAYA 2019, BOLEH MENANG PROTON X70. JOM JOINT !!

$
0
0
SIAPA SANGKA PERADUAN YE0’S RAYA BERGAYA 2019, BOLEH MENANG PROTON X70. JOM JOINT !!

SIAPA SANGKA PERADUAN YE0’S RAYA BERGAYA 2019, BOLEH MENANG PROTON X70. JOM JOINT!! | Pejam celik, tidak sampai sebulan jeee lagi Bulan Ramadan akan tiba. Bagaimana persiapan korang untuk menyambut bulan mulia ini. Patik yakin kebanyakan diantara korang sedang dalam berkira-kira membuat perancangan bermula daripada persediaan sahur sehinggalah persiapan berbuka puasa. Patik sangat teruja kerana ini adalah bulan puasa pertama patik bersama isteri untuk merasai situasi sahur dan juga berbuka bersama.

PERADUAN YE0’S RAYA BERGAYA 2019, BOLEH MENANG PROTON X70

Patik secara peribadi sudah mula berfikir sesuatu yang mudah disediakan semasa sahur memandangkan patik dan isteri yang bekerja disiang harinya. Bila tiba waktu petang, patik yakin bazaar Ramadan disekitar kawasan mesti akan sesak dengan pengunjung yang sibuk nak buat persediaan membeli juadah berbuka. 

Gambar sekadar hiasan
Bila sebut juadah yang paling susah untuk dibuat keputusan adalah minuman. Jadi untuk mengelakkan otak penat membuat keputusan patik kena memikirkan sesuatu yang mudah dan cepat serta sedap untuk dinikmati. Mana tidaknya selepas seharian menahan lapar dan dahaga ini adalah masanya untuk menikmati sesuatu yang dapat legekan rasa letiih badan.

PERADUAN YE0’S RAYA BERGAYA 2019, BOLEH MENANG PROTON X70

Mujurlah ada produk Yeo’s ni haaa yang rasanya semua sedia maklum dengan jenama ini. Kiranya tak perlu kot patik nak perkenalkan jenama ini yang patik rasa semua orang sudah sedia maklum dipasaran. 

Dengar kata Bulan Ramadan tahun ini pihak Yeo’s ada menganjurkan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 yang menawarkan Proton X70 sebagai hadiah utama. Jadi ini adalah masanya patik dan juga korang boleh borang banyak-banyak produk Yeo’s. Manalah tau kalau dah rezeki untuk korang menang Proton X70. Bolehlah korang bawa keluarga korang beraya dengan kereta baru tahun ini. Hehe. 

PROTON X70 UNTUK DIMENANGI DENGAN PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019 

PROTON X70 UNTUK DIMENANGI DENGAN PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019

Bagi korang yang masih belum dapat tangkap dengan apa yang patik cuba terangkan diatas, ni haaaa Yeo’s Malaysia sedang menganjurkan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 bermula 15 April 2019 sehingga 9 Jun 2019 . Peraduan ini adalah bagi menghargai pelanggan Yeo’s yang sentiasa menjadikan Yeo’s produk pilihan untuk seisi keluarga. Sebanyak RM 200,000.00 hadiah terkumpul untuk korang menangi pada Ramadhan kali ini . 

Patik yakin Hadiah Utama Proton x70 menjadi hadiah yang panas untuk dimenangi.Tapi kalau tiada rezeki dapat duit raya RM500 pun ok juga . Jom lihat dulu hadiah yang yang mereka tawarkan. 

Hadiah Mingguan 

200 x RM 500.00 Wang Tunai 

Jadual Cabutan Mingguan 

Minggu 1: 15 Apr – 21 Apr 2019 
Minggu 2: 22 Apr – 28 Apr 2019 
Minggu 3: 29 Apr – 5 Mei 2019 
Minggu 4: 6 Mei – 12 Mei 2019 
Minggu 5: 13 Mei – 19 Mei 2019 
Minggu 6: 20 Mei – 26 Mei 2019 
Minggu 7: 27 Mei – 2 Jun 2019 
Minggu 8: 3 Jun – 9 Jun 2019 

Hadiah Utama 

1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD 


SYARAT PENYERTAAN PERADUAN YOE’S RAYA BERGAYA 2019 


SYARAT PENYERTAAN PERADUAN YOE’S RAYA BERGAYA 2019

Untuk menyertai peraduan ini, korang hanya perlu mengikuti langkah mudah yang patik kongsikan seperti dibawah ini. 

Langkah 1 : 

Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) ; 

a) Minuman Yeo’s 
b) Cintan (Produk Yeo’s) 
c) Justea (Product Yeo’s) 
d) Tong Nam (Produk Yeo’s) 

Yang bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan) 

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan. 

Langkah 2 : 

Buka aplikasi WhatsApp korang, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi). 

Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:- 

Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.

Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan. 

Langkah 3 : 
Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873. 
Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima. 

Langkah 4 : 
Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan. 




WAJAH BARU SUSU SOYA YEO’S 1 LITER 

WAJAH BARU SUSU SOYA YEO’S 1 LITER

Kalau korang perasan laaa kan, sebelum ini susu soya Yeo’s hanya tersedia didalam bungkusan kotak sahaja TETAPI kali ini mereka telah menambah baik bungkusan mereka kepada botol plastik. Ianya diperbaharu dengan menggunakan teknologi pemprosesan pengisian sejuk bagi mengekalkan kesegaran susu soya tersebut. Selain daripada itu dengan pembungkusan dalam botal yang baru ini ianya sangat mudah alih dan mudah untuk korang simpan serta ianya tidak mudah tumpah dan paling penting botol Yeo’s soya boleh dikitar semula.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019 ini, korang boleh lawati laman web mereka di www.yeos.com.my





Viewing all articles
Browse latest Browse all 496