BUFFET RAMADAN 2019 DI PLAZA METRO KAJANG, DJARILICIOUS CATERING | Bulan Ramadan 2019 dah nak sampai tidak kurang sebulan dari sekarang. Maka banyaklah lokasi berbuka puasa berlumba-lumba mengadakan pelbagai promosi bagi menarik pelanggan untuk datang menikmati hidangan dilokasi yang mereka anjurkan.
Tidak terkecuali, Djarilicious Catering yang berlokasi di Tingkat 4 Plaza Metro Kajang yang turut mengadakan promosi buffet ramadan 2019 mereka. Ini adalah kali pertama patik rasakan sebuah ruang majlis yang terdapat didalam sebuah pusat membeli belah.
Bagi patik, langkah bagi Djarilicious Catering ini sangat bijak kerana patik sebagai penduduk yang tinggal di Bandar Baru Bangi yang mana selalu singgah di Plaza Metro Kajang untuk mencari barang ini sangat sesuai wujudnya lokasi berbuka puasa seperti ini.
Memetik kata pihak pengurusan Djarilicious Catering, mereka fokus kepada mereka yang datang membeli belah di Plaza Metro Kajang yang mungkin sibuk membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya dan tidak sempat untuk pulang berbuka puasa dirumah. Jadi Djarilicious Catering mengambil peluang dengan menyediakan ruangan yang bagi patik sangat selesa dan juga seleksi menu yang sangat sedap.
Konsep gerai-gerai memang sangat sesuai untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pilihan makanan yang mereka inginkan sekaligus mengelakkan keadaan sesak berlaku semasa mengambil makanan.
Gerai 1
Nasi lemak champion
sambal sotong
telur rebus
ikan bilis
kacang
timun
Gerai 2
Kambing, satey
tapi ni wekend je nanti ada
Gerai 3
noodles
Gerai 4
pecal, rojak buah
Gerai 5
Kuih Muih
Gerai 6
teh tarik corner
Gerai 7
Air
Gerai 8
cendol dan abc
Selain menu yang berkonsepkan gerai, Djarilicious Catering juga menyediakan menu utama yang memang bagi patik sangat pelbagai. Dibawah ni patik senaraikan antara menu yang disediakan disana. nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, ayam goreng rempah, ayam cili, ayam masak kicap dan ayam goreng rempah.
Menu seperti daging rendang, daging maska hitam, gulai kawah, acar buah, papadom, lala, kupang, terung balado, ikan bakar, masak lemak ikan masin nenas, masak lemak pucuk ubi daging salai, kerabu mangga, kerabu kacang botol, dalcha sayur, kurma telur dan ulaman.
Berkonsepkan nostalgia kampung, korang akan rasakan seperti berada disebuah rumah kampung lama yang menggunakan dekorasi kain batik dan juga menu-menu kampung memang sangat menyelerakan.
Ruangan yang kesemuanya berhawa dingin yang boleh memuatkan seramai 350 orang pada suatu masa memang sangat sesuai dan sangat selesa untuk menikmati juadah berbuka puasa disini.
Harga Buffet Ramadan 2019 di Djarilious Catering @ Plaza Metro Kajang
Dewasa RM 45.90 (PROMO RM39.90)
Kanak-Kanak RM 35.90 (PROMO RM29.90)
Group Booking Online
Dewasa RM399 (10 pax PERCUMA 1 VOUCHER - sah untuk kunjungan akan datang)
Kanak-kanak RM25.00
Sabtu & Ahad
Dewasa RM 54.90 (PROMO RM49.90)
Kanak-kanak RM 44.90 (PROMO RM39.90)
*Bawah umur 5 tahun PERCUMA *Menu special Kambang Bakar
Group Booking Online
Dewasa RM499 (10pax) / Kanak-kanak RM35.00/pax
Yang menariknya di Djarilicious Catering ni, SETIAP HARI ADALAH PROMO dimana korang hanya perlu membuat tempahan melalui telefon ataupon aplikasi Whatsapp SEBELUM JAM 6 petang. Nampak kan sangat berbaloi yeeee sekiranya korang membuat tempahan awal.
Bagi korang yang akan bercadang-cadang untuk membeli belah di sekitar Kajang nanti boleh laaa singgah ke DJarilicious Catering yang berlokasi di Plaza Metro Kajang. Untuk mendapat lebih informasi, ini patik tinggalkan korang dengan informasi yang sangat berguna.