Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 496

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

$
0
0
PUDING RAJA PEKAN  MENU ASLI PAHANG

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG KINI DI FOOD MARKET, KUALA LUMPUR | Bercerita tentang manisan bagi sesebuah negeri, patik yakin korang akan mengenali beberape manisan yang popular seperti di Negeri Kelantan yang begitu popular dengan Kuih Akok, Jala Emas dan sebagainya. Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang begitu sinonim dengan manisan popular.

Melihat di Negeri Pahang, patik yakin korang pernah mendengar nama manisan yang dipanggil Puding Raja bukan? Apa yang patik tahu, Puding Raja dahulunya adalah makanan golongan atasan dimana khabarnya hanya golongan atasan yang boleh menikmati hidangan manisan ini kerana cara penyediaannya agak memerlukan kos yang agak mahal dan tidak mampu bagi golongan biasa. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Zaman berganti zaman, akhirnya Puding Raja akhrinya boleh dinikmati oleh golongan biasa dan kalau korang buat carian di Google, patik yakin banyak resepi Puding Raja yang boleh korang dapatkan dan korang boleh cuba sendiri dirumah dengan menggunakan bahan apa yang ada dirumah.

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Respek gila mereka yang sangat rajin masuk dapur nak buat semua ni sebab patik pernah dengar orang kata nak sediakan menu ini sangat menguji kesabaran sebab melibatkan beberapa peringat sehingga ianya selesai. Bermula dengan pisang lemak manis/emas yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastar. Haa nampak gambaran cara penyediannya. Jadi bila fikir balik patik tak segigih orang lain nak sediakan sekadar nak melepaskan nikmat tekak jeee. Jadi misi mencari Puding Raja perlu patik lakukan.

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Food Market yang terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras adalah lokasinya. Khabarnya dekat sini menghimpunkan pelbagai jenis produk IKS dari seluruh Malaysia dibawah 1 tempat. Masuk jeee kedai Food Market ini, patik suke dengan konsep mereka. Berlatarkan lukisan yang sangat cantik didinding dengan motif tarikan wajib datang sekiranya berkunjung ke negeri-negeri di Malaysia. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET
PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET
PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Korang tengok laa produk yang mereka jual disini memang lengkap dan memang menguji iman bagi sesiapa yang memasuki kedai ini. Sebut jee nak makan apa? Serinding? Sambal Hitam? Kerepek? Kudapan? Semuanya tak payah korang khabar dah. Semuanya ada disini. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET
PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Selain produk makanan kering, Food Market juga menyediakan produk makanan yang disejukbeku. Kuih Bakar, Pau, Kek, Roti Pratha dan banyak lagi semuanya ada didalam peti sejuk disini. Korang hanya perlu balik dan panaskan untuk menikmatinya. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Berbalik kepada kempunan tekak untuk makan Puding Raja, yesssss disini juga terdapat Puding Raja Pekan yang bagi patik sangat cantik cara pembungkusannya. Kiranya presentable laaa konsepnya. Boleh dijadikan hadiah atau untuk makan sendiri. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Apa yang boleh katakan rasa memang cukup rasa dan tidak terlalu manis. Dengan harga RM9.90, bagi patik ianya berbaloi dari segi persembahan makanan, kekemasan bungkusan Puding Raja Pekan ini dan juga rasa yang memang sesedap tekak patik jeee.

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Bagi korang yang jenis macam patik yang teringin makanan aneh diseluruh Malaysia seperti contoh Puding Raja Pekan ini, patik sarankan korang datang ke Food Market di Cheras dan lihat sendiri apa yang menarik disana.

>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


Viewing all articles
Browse latest Browse all 496