Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 496

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK? INI PENJELASANNYA

$
0
0
SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK? INI PENJELASANNYA | Bila tiba jee musim cuti, patik yakin korang mesti berangan-angan nak ke mana-mana kan macam nak ke Turki, Europe, Australia, Bali. Tapi patik nak tanya laaa, berapa ramai antara kita yang ada angan-angan nak bercuti dalam Malaysia? Hahahahaha

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Haa ni patik nak khabar kat korang semua yang dekat Ipoh, Perak ni ada satu tempat yang menarik untuk korang bawa family atau bersama rakan taulan pergi bercuti. Kat mana tu agak-agak korang? Sudah semestinya Lost World of Tambun yee kawan-kawan.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Sebenarnya banyak best places to visit in Malaysia dan Lost World of Tambun ni adalah salah satu lokasi menarik yang korang dan keluarga boleh luangkan masa. Didalamnya terdapat taman tema, hotel dan juga kolam air panas didalam satu tempat. Pakej kan? So kat Lost World of Tambun ni ada banyak jenis theme park, antaranya ialah Lost World Water Park, untuk korang nak bermandi manda kan. Bila sebut kolam mandi, sudah tentu ada etika pakaian untuk menjaga hygiene, yela kan banyak penyakit yang berjangkit melalui air tapi disebabkan pihak pengurusan sini peka dengan kesihatan pengunjung yang datang untuk bersuka ria disini.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Jadi jom bawalah anak-anak kecik korang enjoy kat taman tema ni. Bukan anak kecil, patik yang besar ni pun suka dengan taman ini. Selain ombak buatan, Adventure river, Sandy Bay, Kids Explorabay, Cliff Racer, dan juga Tube Raider. Ni semua nama-nama tempat yang ada dalam wet park ni yang korang boleh explore. Konsep dia mandi dan enjoy. Hahaha. Ombak buatan tu kadang-kadang boleh naik sampai 3 kaki tinggi so korang cuba bayangkan yeee dan sudah semestinya korang boleh surf sekali bagi yang jenis suka meluncur air.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Bagi korang genmarkan taman tema yang kering, patik boleh cadangkan dekat korang Lost World Amusement Park. Walaupun korang minat taman tema basah, korang boleh juga berseronok ditaman ini. Dekat sini sesuai untuk bawa budak-budak sebab didalamnya terdapat Adventure Express, keretapi yang boleh bawa anak-anak korang pusing-pusing satu taman.

Setiap theme park mesti ada roller coaster so kat sini juga ada roller coaster yang pertama kat Perak yang korang boleh cuba, namanya Lupe’s Adventure. And of course mesti ada kuda mainan yang pusing-pusing biasa korang nampak kat mana-mana theme park dan fun fair or even kat shopping complex, Perak Parade.

Ada banyak lagi yang korang boleh naik, agak adventure sikit macam Stormrider, Giddy Galleon, dan Dragon Flight. Terbaik kannnn. Haunted Chambers pun ada untuk yang minat nak menakutkan diri atau menjerit terkejut. Haha. 

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Lost World Tin Valley pula merupakan tempat yang penuh dengan cerita sejarah. Perlombongan timah adalah salah satu industri tertua di Malaya dan Ipoh "The City that Tin Built", menjadi titik pertemuan dan pusat komersil Lembah Kinta. Kat sini korang boleh belajar banyak benda macam sejarah pasal perlombongan bijih timah. Kan banyak dalam buku sejarah dulu yang penjajah datang ke Tanah Melayu masa tu sebab nak cari bijih timah. Korang boleh juga belajar pasal cara-cara nak mencari bijih timah dengan mendulang. Aku promise it would be great experience for u guys.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Ada tak peminat harimau kat sini? Mesti la ramai kan, kita kan Harimau Malaya punya fans. Hahaha. Bagi yang tak kenal tu start la tengok game bola Malaysia ya. Baru tau siapa tu Harimau Malaya. Hehehe. So kat sini jugak ada Lost World Tiger Valley, ada Siberian Tiger yang korang boleh tengok. Yang bestnya korang boleh tengok trainer kat sini bagi makan kat Harimau tu. Baru korang tau tinggi rendah langit kan. Aummm. Selain harimau ada jugak binatang lain kat Lost World Petting Zoo. Ada lebih kurang 55 jenis binatang yang korang boleh tengok, and bagi makan sekali. Interesting kan? 

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Bagi korang yang sukakan alam, Lost World Adventure Park adalah lokasi yang sesuai boleh patik cadangkan. Korang boleh buat aktiviti-aktiviti berkonsepkan teamwork. Kat sini ada 6th Mile Tunnel, Zip Line, Kayak Mania, dan korang boleh jugak camping. And ada juga a few games sesuai untuk aktiviti ramai-ramai. Great place kalau nak buat Teambulding punya program. Waktu malam pulak korang jangan risau, still ada aktiviti untuk korang.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Lost World Hot Spring Night Park, tempat yang paling seronok masa waktu malam. Masa ni la korang boleh berendam dalam kolam air panas, bagus untuk kesihatan. Sangat cantik, dengan pencahayaan lampu yang berwarna-warni membuatkan korang tak sunyi sepanjang korang bersantai sambil berendam. 

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

So The Lost World of Tambun ini adalah lokasi yang terbaik untuk korang luangkan masa samada bersama rakan taulan ataupun bersama keluarga. Jadi apa kata jom ke Lost World of Tambun, Ipoh Perak.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 496