Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 496

BAGAIMANA NAK DAPATKAN GIGI YANG CANTIK? KLINIK PERGIGIAN QASEH DENTAL TEMPATNYA

$
0
0

BAGAIMANA NAK DAPATKAN GIGI YANG CANTIK? KLINIK PERGIGIAN QASEH DENTAL TEMPATNYA | Betul orang kata, keadaan gigi sangat memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk keperibadian orang. Cuba bayangkan apabila korang memiliki wajah yang cantik tetapi mempunyai masalah terhadap gigi samada keadaan gigi yang tidak tersusun betul, warna yang tidak cantik atau gigi yang sepatutunya nampak dek masyarakat telah tiada ditempatnya. Ini sedikit sebanyak akan menjatuhkan keyakinan korang untuk berhadapan dengan hinaan maysarakat bukan?

Berbalik isu yang patik kongsikan tadi, bagaimana nak dapatkan gigi yang cantik?  Please tolong beri perhatikan kepada gigi korang. Kerana gigi akan memberi perspektif yang sangat hebat kepada orang lain. 

Untuk perkongsian kali ini, patik ingin berkongsi bagaimana nak dapatkan gigi yang cantik. Jom teruskan pembacaan korang.

1. BERUS GIGI DENGAN DISIPLIN


Dengan memberus gigi secara kerap dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan korang rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.

Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur. Itu sudah memadai. Paling penting, sebelum tidur jadikan rutin untuk memberus gigi kerana sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi, bakteria tidak akan membiak dan membantu mengurangkan karang gigi.

2. GUNAKAN PENCUCI MULUT YANG BERFLORIDA


Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.

Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.

3. JAGA PEMAKANAN


Pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilannya sahaja.

Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan anda tercungkil-cungkil gigi menggunakan lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.

4. BUAT PEMERIKSAAN GIGI SECARA BERKALA


Perkara ini bukan sesuatu yang harus anda lakukan pada setiap hari. Tetapi, anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.


Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masanya untuk berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda. Doktar gigi akan memberi nasihat kepada anda tentang penjagaan gigi yang betul.



Berbalik kepada pemilihan doktor gigi yang betul, patik sekarang ni memang setia dengan Klinik Pergigian Qaseh Dental yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.


Ramai orang menganggap berjumpa dengan doktor adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Yaaa itu patik akui semasa patik dialam kanak-kanak. Teringat bila van Klinik Kesihatan Kerajaan memasuki ruangan sekolah, jantung patik adalah organ yang paling aktif bekerja mengepam darah. 


Kenapa patik memilih Qaseh Dental ini adalah kerana tempatnya yang sangat selesa dan tidak terlalu kelihatan seperti sebuah klinik. Itu sedikit sebanyak membuang persepsi patik terhadap klinik gigi yang tradisional. 


Klinik yang dikendalikan oleh Dr. Norhuda Daud ini bukan sahaja menawarkan rawatan pemutihan gigi, bahkan pelbagai rawatan estetik pergigian yang lain seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung).


Dibuka pada setiap hari termasuk cuti kelepasan am (secara temujanji), Klinik Pergigian Qaseh Dental menjanjikan harga rawatan yang cukup kompetitif. Sebut harga diberikan sebelum pelanggan memulakan rawatan dan ini bermakna tiada caj tambahan atau caj tersembunyi yang akan dikenakan sebaik proses rawatan berakhir.

Yang menariknya, pada setiap Rabu korang boleh melakukan pemeriksaan gigi secara PERCUMA. Sambil menunggu untuk sesi temujanji, korang boleh menggunakan kemudahan WiFi dan juga hidangan minuman ringan untuk sebagai menggunakan masa terluang. 


Secara keseluruhan, patik memang berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian di Qaseh Dental ini bermula dari penerimaan sebagai pesakit sehinggalah proses consultancy, pemeriksaan sehinggalah ke proses yang sepatutnya. Apa yang patik perasan, doktor disini bukan seperti "kemaruk duit". Sekiranya rawatan itu tidak perlu dilakukan mereka tidak akan lakukan sehingga menyebabkan kesakitan kepada pesakit. Yeaayy itu best !!


Bagi korang yang tinggal disekitar Bandar Baru Untuk temujanji dan info lanjut mengenai rawatan-rawatan yang disediakan, korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut. 

Klinik Pergigian Qaseh Dental 
 21 GF Seri Bangi,
Jalan 8/35, Seksyen 8
43650Bandar Baru Bangi

TELEFON:
03-89127609
013-9927609


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


Viewing all articles
Browse latest Browse all 496