Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 496

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

$
0
0
 WANITA BERWAJAH PERSIS BARBIE DOLL MASUK PASAR

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBIE DOLL MASUK PASAR | Agak-agak bagaimana perasaan korang bila ternampak seorang wanita berwajah persis Barbie Doll masuk kedalam pasar untuk membeli barang dapur? Mesti menjadi suatu keanehan pada hidup korang kan? hahahaha.

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Itulah yang patik lihat apabila melihat satu post instagram daripada seseorang yang bernama @izubielazaffmarekan apabila dengan beraninya mengenakan pakaian berbaju labuci berona hitam dan dipadankan dengan skirt tutu berwarna pink dan ditambahkan dengan perincian bebola pelangi  ke Pasar Besar Awam TTDI (Taman Tun Dr Ismail) menjadikan penampilan Izubiela Rasi atau Bella, 29 menjadi bahan tontonan kepadanya malah ada yang memberikan respon pandangan yang agak aneh. 


Apa yang patik lihat pada video yang berdurasi  1 minit yang dimuat naik di akaun Instagram milik wanita berwajah seakan Barbie Doll, beliau turut disapa beberapa peniaga di pasar berkenaan yang begitu terkesima dengan penampilan beliau bilamana dengan beraninya berpenampilan sedemikian. 

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Apa yang menariknya, skrit kembang berwarna pink lembut yang diperincikan dengan bebola pelangi itu yang dikenakan oleh Bella ini adalah salah satu koleksi #poparteikl rekaan tukang jahit tersohor Malaysia iaitu Ezuwan Ismail, yang khabarnya telah dipersembahkan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018, Ogos lalu. Ko ade baju designer bawa masuk pasar?!

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Bagi mereka yang mungkin pernah nampak wajah Bella yang merupakan pemilik produk Putih Gebu DBella ini yang pernah tular menerusi artikel terbitan akhbar Metro Ahad yang bertajuk "Susuk 1 Juta"yang telah terbitnya pada 14 Oktober lalu. 

Bila ditanya kenapa berpakaian sedemikian ke pasar awam tu? Beliau menjelaskan sebenarnya beliau ada urusan lain selepas itu dikawasan sekitar pusat membeli-belah berdekatan selain ingin melihat reaksi orang ramai bila ke pasar dengan berpakaian glamor seperti itu. Jadi memang benarlah ianya ternyata seakan pelik dan tak kurang juga minta untuk bergambar bersama. 

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Walau bagaimanapun, Bellaakui dia gemar berfesyen dan tidak pernah keluar rumah tanpa mengenakan solekan atau dalam keadaan tidak bersiap. Apa yang melucukan, ada segelintir netizen tidak boleh menerima baik caranya berpakaian ke pasar sehingga dikecam ‘over’. Bagi patik 

Apa pun patik suka melihat keanehan yang ditunjukan oleh Bella dan apa yang boleh patik katakan, Bella sikit pun tidak melatah dengan apa yang beliau hadapi dan menganggap semua ini adalah sebagai pelangkap dalam sebuah kehidupan. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 496