Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 496

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

$
0
0
OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH | Wahai penggemar makanan laut, ni haa patik ada khabaran baru yang mana korang si penggemar makanan laut boleh datang kesini untuk merasai menu makanan laut yang bercitarasa mewah.

Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutung Shah Alam adalah tempat yang patik ingin kongsikan dengan korang semua. Tempoh hari patik dan rakan-rakan patik telah datang ke restoran ini untuk menikmati menu berkonsepkan Shell Out.

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Bila korang masuk jee kedalam restoran ini, korang bagai merasakan korang berada didalam kawasan tepi pantai kerana dekorasi restoran ini memang akan mengundang mood korang seperti berada ditepi pantai. 

APA YANG MENARIK DI RESTORAN OMBAK KITCHEN

Apa yang menarik disini adalah terletak pada menu yang mereka hasilkan. Kesemua makanan laut yang mereka dapatkan adalah segar dari laut. Selain menunya yang segar, penyediaan makanan ini juga adalah secara sihat. Kenapa patik katakan sihat adalah kerana mereka tidak menggunakan sebarang minyak didalam penyediaan menu ini selain makanan lautnya direbus dahulu sebelum disalut dengan perisa yang dikehendaki. 

Terdapat 5 jenis perisa yang korang boleh cuba seperti Ombak Hot Cajun, Dark Chilli Chocolate, Zesty Lemon Butter with Cheese, Creamy Tom Yam Sauce dan Butter Milk Sauce. Kami telah bersepakat untuk mencuba masakan berperisa Ombak Hot Chili dan juga Butter Milk Sauce

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH
Ombak Hot Cajun

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH
Butter Milk Sauce

2 menu ini dikatakan oleh pemilik restoran ini sebagai masakan yang menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menikmati menu makanan laut disini. Menariknya disini, bila korang datang dekat sini, korang tak payah nak berangan menggunakan segala sudu garfu tetapi selayaknya menggunakan tangan untuk makan sama seoerti slogan mereka iaitu "pakai tangan jer....".

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Selain makanan laut yang segar dan dimasak dengan cara yang sihat, Ombak Kitchen mengguanakan beras wangi bagi korang yang ingin menikmati hidangan ini bersama nasi. Patik dah cuba dan sememangnya kombinasi beras wangi dan juga hidangan ini memang sangat kena.

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Uniknya bagi hidangan ini, khabarnya mereka menggunakan herba rempah ratus daripada luar negara seperti herba paprika dan sebagainya tanpa menggunakan herba tempatan bagi penyediaan makanan disini. 

HIDANGAN YANG SEGAR

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Apa pun patik sangat berpuas hati dan harga yang ditawarkan juga sesuai dengan kesegaran makanan laut yang dihidangkan kepada kami. Dengan ketam yang hidup dan kemudian dijadikan lauk, sotong yang besar, kupang dan lala serta makanan laut lain.

Selesai menikmati makanan laut yang patik ceritakan tadi, kami seterusnya telah membuat tempahan satu lagi menu aneh danpada rasa patik hidangan ini adalah yang pertama seumpamnya dihidangkan seperti ini. 

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH
Rainbow Dessert

Kalau dulu korang akan melihat trend makan beralaskan kertas atau plastik hanya untuk hidangan berkosnepkan makanan laut kan? Untuk pengetahuan korang, Ombak Kitchen adaah restoran pertama seumpanya mengetengahkan konsep hidangan pencuci mulut diatas meja. 

Ianya bukan hidangan biasa tetapi hidangan yang direka cantik untuk korang rasai nanti. Dikenali sebagai Rainbow Dessert, pencuci mulut ini ada marshmallow, durian crepe, gula dan manisan dan buah-buahan segar. Patik yakin korang mesti teruja dengan hidangan pencuci mulutyang sememang cantik dan nampak berselera.

Jadi bagi korang yang ingin menikmati hidangan makanan laut segar dan mewah, korang boleh datang sendiri ke Ombak Kitchen Shah Alam yang terletak di bukit Jelutung dan rasa sendiri kenikmatan hidangan mereka disini. 

Untuk lebih informasi, ini patik ada sediakan informasi yang mungkin berguna untuk korang mengetahui lebih lanjut tentang restoran Ombak Kitchen ini. 

OMBAK KITCHEN
[Waze: Ombak Kitchen]
5.G.01, D'Vida Business Centre,
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
 40150 Shah Alam, Selangor


Waktu perniagaan: 
5:00 petang – 12:00 pagi

Telefon: 
03-7734 4699

>>  FACEBOOK | INSTAGRAM <<



Viewing all articles
Browse latest Browse all 496