Quantcast
Channel: Dunia Patik Dot Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 496

BACK PACKERZ EXPLORACE 2018 PUSING SELANGOR

$
0
0
BACK PACKERZ EXPLORACE 2018 PUSING SELANGOR

BACK PACKERZ EXPLORACE 2018 PUSING SELANGOR |Majalah Back Packerz adalah sebuah majalah yang berkonsepkan perkongsian perlancongan dalam dan juga luar negara yang tengah hangat diperkatakan telah berjaya menganjurkan sebuah program yang julung-julung kali diadakan iaitu BACK PACKERZ EXPLORACE 2018.

Untuk program kali ini terdapat 60 kumpulan yang telah berdaftar dan hanya 2 kumpulan yang mewakili geng blogger iaitu kumpulan patik yang diberi nama Kumpulan Black Pink dimana kami diwakili oleh patik sendiri, Uzu (www.kisahemasputih.com), Rafzan Tomomi (www.rafzantomomi.com) dan juga Afzal Suka Suki (www.afzalsukasuki.com) dan 1 lagi kumpulan yang diberi nama Kumpulan Momasoad yang diwakili oleh Mawardi (www.mawardiyunus.com), Moka (www.penaberkala.com) dan 2 lagi mewakili www.projektravel.com.

Sebenarnya patik tidak meletakkan sebarang kemenangan kerana niat patik sebagai menyokong program anjuran Back Packerz. Jadi apa yang berlaku akan kami sama-sama tempuh. Jom kita tengok apa task yang akan dilakukan oleh kami nanti.


CHECKPOINT PERTAMA

Lokasi pertama kami adalah di Taman Botani Shah Alam dimana disini bermulanya task pertama kami. Untuk memasuki pagae Taman Botani Shah Alam ni, kami dikehendaki untuk menjawab soalan yang bagi patik sangat tricky dan kalau yang tidak biasa patik yakin korang tidak mampu menjawabnya. Soalan-soalan ini semuanya berkaitan dengan tempat-tempat di Negeri Selangor.

Taman Botani Shah Alam

Sungguh patik kata, kami akhirnya sepakat untuk berkongsi jawapan dengan kumpulan 1 lagi kerana memang kami sendiri senak memikirkan jawapan yang berselindung disebalik soalan yang diberikan. 

Selesai menjawab soalan ini, barulah kami dibenarkan untuk memasuki pintu pagar dan kami terpaksa berbahagi tugasan dimana seorang daripada ahli kumpulan akan melakukan 1 aktiviti di SkyTrex mana kala 3 ahli lain akan melakukan cabaran memanah di Meru Riding Club & Archery.

SkyTrex

Untuk cabaran di SkyTrex, patik telah ditugaskan untuk melangsaikan tugasan ini dimana patik kena ambil gambar dengan keadaan sedang memakai peralatan dan perlu kongsikan didalam sosial media dan kemudian patik perlu melalui 3 cabaran flying fox untuk 3 checkpoint. Pada mulanya nampak senang, tapi bila kena buat sendiri, memang kekok dimana korang kena menyangkut segala sangkutan dengan cara yang betul. Alhamdulillah semuanya dapat patik lakukan. Fuhhhh. 

Meru Riding Club & Archery

Manakala yang 3 rakan patik ditugaskan untuk tugasan memanah di Meru Riding Club & Archery. Disini hanya seorang yang diperlukan dan Afzal diberi kepercayaan untuk membuat aktiviti ini. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memanah dan mata perlu dikumpulkan mengikut hasil panahan yang dibuat. Rasanya task ini agak mencabar bagi patik. Mujur bukan patik yang kena. Hehehehe


CHECKPOINT KEDUA

Selesai tugasan pertama di Taman Botani Shah Alam, kami terus bergerak ke Muzium Sultan Alam Shah yang mujur tidak jauh daripada Taman Botani Shah Alam tadi. Mujur ada aplikasi waze yang membantu membawa patik dan rakan kumpulan kelokasi ini. Disini kami dikhendaki melakukan 2 task iaitu task tajaan MyChef dan juga aktiviti didalam muzium. 

Produk MyChef

Produk MyChef ini adalah produk makanan yang bagi patik sangat mudah dimana ianya memang sesuai bagi korang yang jenis travel dimana dengan produk ini korang perlu merendamnya didalam air panas dan biarkan seketika sebelum menikmatinya terus. 

Produk MyChef

Untuk task MyChef ini, kami dihendaki mengambil gambar bersama produk MyChef, memanaskan produk ini dengan menggunakan air panas dan kami dikehendaki memakan kesemua produk ini sebelum soalan seterusnya diberikan. Nampak agak kejam kan? Tapi yeee kami kena buat task ini dengan jayanya. 

Muzium Sultan Azlan Shah

Selasai tugasan makan-makan dengan produk MyChef, kami terus berlari ke Muzium Sultan Azlan Shah untuk menyiapkan tugasan menjawab soalan yang berkaitan dengan Negeri Selangor. Rupanya banyak yang patik sendiri tidak tahu tentang negeri kelahiran patik ini.

Soalan-soalan yang diberikan berdasarkan kandungan yang ada didalam muzium itu sendiri. Mujurlah ada staf muzium yang sangat membantu menyelesaikan soalan yang kami terima. Bila kami bertanya, semua dihujung jari kakak tu dimana jawapannya terletak. 

Muzium Sultan Azlan Shah

Diakhir cabaran, kami dikehendaki untuk mengenakan pakaian tradisional yang patik sendiri tidak pernah tahu namanya. Baju Sikap yang patik pakai ini adalah pakaian tradisi Negeri Selangor. Yang menjadi cabaran kami adalah, cara mengikat samping yang memang sangat susah. Kami kena pakai pakaian ini sebiji dengan gambar contoh yang diberikan. 

Susah tapi seronok bila semuanya terletak elok diatas badan patik. Hehehehe. 


CHECKPOINT KETIGA

Selesai daripada tugasan di Musium Alam Shah, Shah Alam, kumpulan patik terus bergerak ke Jump Street Asia yang terletak di Petaling Jaya. Perjalanan kesini memakan masa lebih kurang 30 minit. Disebabkan kumpulan patik hanya mengikuti kumpulan blogger 1 lagi, dengan berteraskan konsep tejah dan yakin, kami mengikuti saja kemana kumpulan mereka tu pergi. 

Jump Street Asia

Sampai di Jump Street KL ini kami diberikan tugasan untuk mencari kiub huruf menjadi perkataan CANON. Sebenarnya ini adalah kami pertama patik sampai kesini. Agak menarik dan kalau bawa budak-budak, patik yakin mereka akan suka melompat-lompat disini. 

Jump Street Asia

Tengok kumpulan lain berkubang didalam lautan kiub ini nampak mudah, sekali bila masa kami hanya Allah jeee tahu agak sukarnya bila korang berada didalam jutaan kiub ini untuk bergerak. Hehehe. 

Jump Street Asia

Akhirnya dengan semangat membara, kami selesai semua tugasa disini dan berjaya mengumpul huruf CANON yang diminta untuk cari.

Selesai tugasan disini, kami sudah mula berkira-kira samada hendak ke lokasi terkahir atau tidak kerana masa yang diperuntukkan kepada kami adalah sehingga jam 4 petang. Jam 4 petang kesemua kumpulan WAJIB kembali kepada tempat permulaan dan tiada markah sekiranya lambat.

Tengok jam menunjukkan 2.50 petang dan perjalanan kesana memakan masa lebih kurang 25 minit, kami tekad untuk terjah Corezone yang terletak di Sungai Buloh.


CHECKPOINT EMPAT

Setiba di Corezone Sungai Buloh, kami tidak tahu sejauh mana tahap cabaran yang akan kami buat. Kami tiba dengan harapan berserah. Rupanya tugasan disini ada 3 lagi tugasa iaitu wall climbing, minum air kotor dan juga cabaran mereka headband.

Corezone Sungai Buloh

Untuk cabaran wall climbing, Uzu telah berjaya melakukan kerjanya dengan baik sekali. Memandangkan badannya yang kecil, selayaknya beliau melakukan cabaran ini. Hehehe

Corezone Sungai Buloh

Untuk cabaran minum air kotor, Afzal telah diberi tugasan ini dan patik juga membantu sedikit menyelesaikan tugasan ini. Disini uniknya korang akan diberikan 1 alat yang diberi nama LIFE STRAW dimana straw ini boleh digunakan untuk menuetralkan air kotor untuk tujuan korang minum. 

Apa yang diberikan adalah sebotol air kotor berlumpur (sebenarnya air teh tarik tawar) untuk dihabiskan dengan menggunakan Life Straw ini. Patik juga telah mencuba menggunakan straw ini dan yeee hasil air yang terhasil daripada straw ini adalah air bersih. Memang sangat wowww alat ini

Corezone Sungai Buloh

Cabaran terakhir adalah cabaran mengikat buff kepala dengan pelbagai cara. Disini setiap seorang dikehendaki menghafal 1 ikatan buff kepala ini dalam masa 30 saat dan juri akan mengesahkan samada ianya benar atau tidak. Alhamdulillah setiap daripada kami berjaya menyelesaikan tugasa ini.

Yeayy.. masa untuk kembali ke Oasis Square, Oasis Damansara dimana lokasi bermula explorace ini. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kesana. Setiba dilokasi, kami membuat pengesahan bersama pihak penganjur untuk cabaran-cabaran yang telah kami lakukan bagi tujuan pemarkahan.

Kumpulan Black Pink berjaya memenangi tempat ke-7

Alhamdulllah sebanyak 60 buah kumpulan yang turut serta, kumpulan patik Kumpulan Black Pink berjaya memenangi tempat ke-7 untuk cabaran explorace anjuran Back Packerz ini. Hehehe Hebat juga kami yang pada mulanya sekadar suka-suka jeee untuk turut serta didalam permainan ini. 

BACK PACKERZ EXPLORACE 2018

Tahniah untuk diri sendiri dan rakan kumpulan Azfal Suka Suki, Rafzan Tomomi dan juga Uzu atas kejayaan yang kami sendiri tidak sangka. Terima kasih dan tahniah kepada Majalah Back Packerz atas penganjuran Back Packerz Explorace 2018 yang julung-julung kali diadakan ini.  

Ada rezeki kita jumpa lagi untuk cabaran lain dimasa-masa hadapan. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 496