BUFFET RAMADAN DI RYMBA HAVEN NILAI NEGERI SEMBILAN | Sepanjang bulan Ramadan ni, banyak lokasi berbuka puasa yang telah patik lihat. Untuk kali ini patik berpeluang untuk merasai pengalmaan berbuka puasa di luar kawasan Selangor atau Kuala Lumpur.
Untuk kali ini patik bergerak ke negeri yang berhampiran dengan Selangor iaitu di Negeri Sembilan. Rymba Haven yang terletak di Nilai menyediakan ruang untuk berbuka puasa dengan harga yang sangat berpatutan.
Bagi Rymba Haven, mereka nampaknya fokus pada menu kampung yang sangat sedap. Patik yakin korang yang merindui masakan Negeri Sembilan, sudah tentu akan datang dan cuba sendiri disini. Ni haaaa patik belanja korang antara menu yang boleh korang dapatkan disini.
![]() |
Pelabagai jenis menu masakan kampung yang dihidangkan di Rymba Haven |
![]() |
Pelabagai jenis menu masakan kampung yang dihidangkan di Rymba Haven |
![]() |
Roti boom menjadi pilihan |
![]() |
Sate enak juga disediakan disini |
![]() |
ABC dan juga ais krim |
![]() |
Buah-buahan dan juga kuih muih |
![]() |
Keadaan di Rymba Haven |
Selain menu yang sangat sedap dan banyak, ruang untuk pengunjung jiuga tidak kurang hebatnya. Apa yang patik lihat, ruang meja untuk tetamu disediakan memang sangat banyak dan boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu masa.

Selain ruangan terbuka, mereka juga menyediakan ruangan yang berhawa dingin sesuai untuk mereka yang inginkan suasana sejuk apabila menikmati hidangan.
Surau untuk muslimin dan muslimat juga disediakan disini bagi mereka yang ingin menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat terawih. Kira memang selesa laaa sesiap yang ingin berbuka di Rymba Haven Nilai ini.
Sambil menikmati hidangan, para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan caklempong yang begitu sinonim dengan Negeri Sembilan.
Kumpulan Bonang ini akan mendendangkan pelbagai jenis lagu sepanjang korang berada disini. Selain itu, korang juga berpeluang untuk meminta lagu untuk mereka mainkan. Haaaa menarik bukan
Harga Buffet Ramadhan Rymba Haven:
Isnin - Jumaat:
RM55 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak)
Sabtu dan Ahad:
RM60 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)
Pada hari sabtu dan ahad, menu kambing golek menanti kehadiran anda. Bagi penggemar menu kambing golek, ini adalah masanya untuk merasai kambing golek di Rymba Haven.
Bagi mereka yang ingin datang dan merasai sendiri menu ala kampung di Rymba Haven ini, ini haaa maklumat lanjut yang boleh korang jadikan sebagai rujukan:
RYMBA HAVEN
Jalan Nilai Perdana 14,
Taman Nilai Perdana,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Phone: +606 799 1314
Mobile: +6012 393 6442
Email: rymbahaven@gmail.com